SKANDAL lembu NFC terus menghangatkan arena politik negara. Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mempertahankan dirinya dari skandal lembu terbabit telah mengundang respon balas dari Parti Keadilan Rakyat apabila mereka memanggil satu sidang akhbar untuk menjawab kenyataan Shahrizat Jalil.
Hari ini bersamaan dengan 30 November 2011, Ahli Parlimen Ampang YB Hajjah Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Keadilan, Setiausaha Agung Keadilan, Yb Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang dan Saudara Rafizi Ramli iaitu Pengarah Strategi Keadilan akan mendedahkan bukti baru penyelewengan skandal lembu NFC.
Sidang akhbar ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang, antara lain dipercayai untuk mendedahkan bukti-bukti lain skandal lembu yang melibatkan suami dan anak-anak Shahrizat Jalil yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Untuk rekod, Shahrizat Jalil adalah Senator yang dilantik sebagai Menteri Penuh atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita Umno walaupun tewas mengejut di tangan Yb Nurul Izzah untuk kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum yang lalu.
Skandal lembu NFC ini bermula apabila National Feedlot Corporation Sdn Bhd milik keluarga Shahrizat Jalil yang mendapat pinjaman mudah kerajaan sebagai integrator projek fidlot kebangsaan, bernilai RM 250 juta didakwa menggunakan sebahagian dana itu untuk pembelian dua unit kondominium mewah One Menerung, di Bangsar
Berikut adalah bukti pengakuan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Salleh Ismail atas skandal lembu dan pembelian dua unit kondominium mewah yang dipetik dari Bernama
Pembelian itu dianggarkan sebanyak RM 13.8 juta dan juta dicatat sebagai hutang kepada NationalMeat & Livestock Corp iaitu syarikat yang turut dimiliki dan diuruskan oleh pengurusan tertinggi NFC. Jumlah hutang terkumpul NMLC pada tahun berakhir 31 Disember 2011 kepada NFC adalah bernilai RM 83 juta.
Skandal lembu ini disiasat oleh Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun sehingga dua puluh tahun.