• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label Lawak. Show all posts




SETIAP hari Pak Cupit melalui sempadan Siam dengan menunggang basikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang basikalnya. Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Cupit.

"Turun dari basikal, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Cupit ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Cupit dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam.

Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Cupit.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.

Maka Pak Cupit dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cupit di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cupit minum di sebuah kedai.

Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal" jawab Pak Cupit ringkas.

Klik untuk membaca koleksi lawak [Koleksi Lawak]



KISAH di sebuah kota besar, sepasang kekasih yang baru berkenalan melangkah masuk ke sebuah kedai berlian yang paling terkenal di kota tersebut.

Si lelaki bertanya kepada pekerja kedai, "boleh kamu tunjukkan saya cincin berlian paling mahal sekali di kedai ini yang sesuai dipakai oleh teman wanita saya yang paling cantik di dunia ini?".

Pekerja kedai menunjukkan sebentuk cincin berlian berwarna biru sambil berkata "Ini antara cincin berlian paling mahal tuan, harganya juga berpatutan cuma RM300,000".

Si lelaki mengerutkan dahinya.

"Cincin ini tak cukup mahal, takkanlah wanita paling cantik di dunia hanya memakai cincin murah seperti ini?" Kata lelaki itu mengeluh.

Pekerja kedai itu tersenyum lantas menunjukkan satu lagi cincin yang paling mahal di kedai itu.

"Kalau begitu mungkin tuan mahukan cincin ini" katanya.

Lelaki tersebut masih mengerutkan dahi, lantas bertanya "Berapa harganya, adakah ini cincin yang paling mahal?" kali ini lelaki itu meninggikan suaranya.

"Inilah cincin paling mahal tuan, jika tuan tak berminat saya tak dapat cari cincin yang lebih mahal dari ini, harganya RM74 juta" kata pekerja itu sambil menunjukkan cincin Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring kepadanya.

"Oh kalau begitu inilah cincin yang sesuai dipakai oleh teman wanita saya" tegas lelaki itu sebagai tanda berpuas hati.

Tanpa tawar menawar lelaki itu terus mengeluarkan sekeping check bernilai RM75 juta dan diberikan kepada pekerja itu.

"Hari ini hari jumaat, jadi kamu perlu tunaikan dulu check ini pada hari Isnin dua hari lagi, sebaik sahaja kamu tunaikan check ini hubungi saya, saya akan segera datang untuk mengambil cincin ini" kata lelaki itu sambil tersenyum puas.

"Tapi tuan, mengapa ada lebihan RM1 juta, harga cincin ini cuma RM74 juta" tanya pekerja itu kerana hairan menerima check bernilai RM75 juta.

"Tak mengapa RM1 juta itu saguhati untuk kamu kerana mencadangkan cincin paling mahal untuk teman wanita saya yang paling cantik di dunia ini" jawab lelaki itu sambil tersenyum kepada kekasihnya. Pasangan kekasih itu terus melangkah pulang.

Dua hari kemudian, pekerja kedai itu menghubungi lelaki itu "Tuan saya sudah cuba tunaikan check RM75 juta yang tuan berikan tempoh hari, tapi check tendanglah tuan". Pekerja itu meminta penjelasan kerana check tersebut ternyata tidak sah.

Dengan senang hati lelaki itu menjawab "Oh tidak mengapa, apa yang paling penting saya sudah dapat dua malam yang sangat dahsyat..."

Klik untuk membaca koleksi lawak [Koleksi Lawak]



PUAS Ipan berfikir, sehari suntuk dia termenung, dia bingung, mengapa agaknya perut ibunya semakin hari semakin besar?

Akhirnya Ipan membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada ibunya.

Ipan: Ibu apa benda yang besar dalam perut ibu tu?
Ibu: Dalam ni ada adik kamulah...

Sambil ibunya memegang perut yang dilihat bergerak-gerak.

Ipan: Oh patutlah gerak-gerak...
Ibu: Meh sini pegang, nanti Ipan rasa adik kamu gerak

Dengan pantas Ipan memegang perut ibunya, memang betul bergerak-gerak. Ipan meletakkan pula telinganya di perut ibu.

Tiba-tiba, persoalan baru timbul di benak Ipan.

Ipan: Ibu benci dengan adik ke?
Ibu: Eh, kenapa kamu kata macam tu?
Ipan: Abis tu kenapa ibu telan adik?
SUASANA bahagia di rumah pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga empat bulan yang lalu. Si isteri berbisik kepada suaminya.

Isteri: Abang sayang dah dua bulan lewat tau rasanya sayang mengandunglah abang

Suami: Eh yeke? Tapi kita kena pastikan betul-betul, tak mengapa besok abang bawak sayang jumpa doktor.

Mereka berpakat untuk menyimpan rahsia dan tidak memberitahu sesiapa. Petang itu ketika si suami tiada di rumah, datang seorang pekerja TNB ke rumah pasangan itu kerana sudah dua bulan bil elektrik rumah mereka tertunggak.

Pekerja TNB: Kak saya dapat tahu akak dah dua bulan lewat jadi pihak TNB dah tak boleh tunggu lagi ni kak.

Menyangkakan pekerja TNB tersebut bercakap mengenai haidnya yang sudah dua bulan lewat, si isteri mengherdik pekerja TNB itu.

Isteri: Apa? Saya dah dua bulan lewat pun awak tahu? Ini mesti suami saya yang bagi tahu! Dia kata tak mahu bagitau orang lain.

Pekerja TNB: Eh, mana ada kak, suami akak tak bagitahu pun. Sekarang zaman internet kak, semua boleh check online je. Ada yang lebih teruk dari akak sampai lima enam bulan lewat pun ada. Kami ada rekod check internet je.

Isteri: Awak jangan tipu, nanti suami saya balik saya tanya dia.

Pekerja TNB: Oklah kalau macam tu kak, saya balik dulu, saya pun banyak kerja ni.

Malam itu, pasangan itu bergaduh besar. Si suami mati-mati tak mengaku dia telah memberitahu pekerja TNB itu tentang haid isterinya yang sudah dua bulan lewat.

Esoknya si suami terus pergi ke pejabat TNB kerana berang dengan kejadian itu. Tanpa memberi salam apa lagi memberi salam, si suami terus mengamuk dan memarahi staff TNB yang ada di situ.

Suami: Korang semua ni buat kerja apa ha? Orang dua tiga bulan lewat pun korang boleh tahu, aku tak pernah pun bagitau kat korang!

Fahamlah mereka bahawa lelaki yang sedang mengamuk itu berang dengan tunggakan bil elektriknya. Tambah lagi memang selalu orang datang di situ mengamuk pasal bil elektrik tertunggak.

Staff TNB: Eh kami tak perlu makluman daripada encik, kami boleh check di internet, berapa bulan lewat pun kami tahu. Ini memang kerja kami.

Suami: Woi! Apa celaka korang ni orang dua bulan lewat pun sampai nak masukkan dalam internet, korang nak kena saman ke?

Kebetulan pekerja TNB yang datang ke rumahnya semalam ada di situ, cuba menenangkan keadaan.

Pekerja TNB: Sabar encik, sabar, beginilah encik bayar je senang habis cerita.

Suami: Eh, aku pulak kena bayar? Jangan harap!

Pekerja TNB: Kalau encik taknak bayar kami terpaksa potonglah encik.

Suami: Amboi banyak cantik! Ko nak potong apa? Nak potong aku punya? Habis isteri aku kat rumah nak pakai apa?

Pekerja TNB: Pakai lah LILIN.




Klik untuk membaca koleksi lawak [Koleksi Lawak]


Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    3 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays