• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label terkini. Show all posts
KEJADIAN jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat. Setiap hari ada sahaja kes jenayah dilaporkan dan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar.

Risiko kecederaan mangsa jenayah juga sangat menakutkan, lihat sahajalah laporan media saban hari melaporkan kes kehilangan nyawa akibat perbuatan penjenayah yang tidak berhati perut.

Sudahlah rakyat negara ini kini hidup di dalam ketakutan lantaran kes jenayah yang semakin meningkat dan melibatkan kehilangan nyawa, ditambah pula dengan keperihatinan rakyat yang kini semakin menjadi persoalan.



Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku kejadian ragut melibatkan seorang warga emas yang diragut tas tangannya oleh penjenayah yang menunggang motorsikal.

Akibat rentapan kuat, warga emas malang itu terseret beberapa kaki sebelum jatuh terlantar di atas jalan dan mengerang kesakitan.

Apa yang mengejutkan, orang ramai yang lalu lalang di situ langsung tidak mempedulikan wanita tua itu yang merintih dan mengerang kesakitan. Akhirnya warga emas itu dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di parkir flat Padang Tembak di Air Hitam, Pulau Pinang.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertutup, CCTV. Sila tonton dan saksikan sendiri rakaman yang dimaksudkan di bawah ini.



Sumber: YouTube
SEORANG tukang gunting di China, baru-baru ini menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan berkenaan kaedah unik yang digunakannya untuk menggunting rambut pelanggan di kedainya.

Dengan menutup mata, Tian Hao mendakwa telah menggunakan teknik Meditasi Zen untuk merasai aura rambut pelanggannya dan mampu memotong menggunakan gunting yang tajam tanpa mencederakan.

Baru-baru ini Tian Hao melakukan demonstrasi menggunting rambut dua orang model di salon rambut miliknya secara serentak sambil menutup mata tanpa melakukan sebarang kesilapan dan kejadian yang tidak diingini.




Tukang gunting yang memakai pakaian ala pengemis itu dikatakan tidak pernah membuat kesilapan sepanjang melakukan tugasnya sebagai seorang tukang gunting.



Sumber: xiancity.cn
ABBY Abadi turut serta dalam satu perhimpunan aman membantah Akta Tahanan Dalam Negeri (ISA) di depan Kem Tahanan Kamunting, 8 Julai 2012 yang lalu.

Siapa sangka, seorang anak seni yang barangkali difikirkan hanya gagah dan tegas di layar perak memegang watak Inspektor Aliza, rupanya juga berani di dunia realiti.

Di bawah ini gambar-gambar beliau di Himpunan aman tersebut.











Sumber: sanggahtoksago.blogspot.com


MENURUT satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharaan itu.

Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii (T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Dianggarkan sekitar satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku.

Penyelidik dari U.S, Denmark, Jerman dan Sweden telah menjalankan kajian ke atas lebih 45,000 wanita Denmark yang dilahirkan di antara tahun 1992 hingga 1995.

Para penyelidik mendapati, wanita yang dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh diri dibandingkan dengan wanita yang sebaliknya.

Sumber: dailymail.co.uk
NIAT seorang pemilik kenderaan ala "flinstone" untuk memulakan pemanduan terpaksa dibatalkan kerana pihak berkuasa memutuskan kereta zaman batu miliknya itu tidak selamat untuk dipandu.



Menggunakan bingkai kayu dan alas tempat duduk berlapikkan corak harimau bintang, Sebastian Trager mereka bentuk kenderaan menyerupai kenderaan yang menggunakan kuasa tolakan kaki seperti di dalam rancangan TV popular "Flinstone".

Bagaimanapun, hasil modifikasi moden, kenderaan yang dicipta oleh jurutera Jerman itu tidak memerlukan kayuhan kaki kerana ia dilengkapi enjin 1.3 liter di dalam roda bahagian hadapan kenderaan.

Trager telah memohon lesen untuk memandu kereta zaman batu ciptaannya itu, namun pihak berkuasa Jerman memutuskan ia sebagai tidak selamat untuk berada di atas jalanraya.



"Kami telah meniru dengan teliti. Saya bekerja di dalam pembinaan kereta dan gemar dengan kereta, jadi saya tahu ia sangat selamat" jelas Trager.

"Tapi ketika kami terpaksa mengisi salah satu bahagian dalam borang pendaftaran berhubung jumlah lampu, cermin dan penyapu air, kami berputus asa kerana ia langsung tiada cermin"

"Kami membawanya untuk dipamerkan kepada orang ramai, nampaknya semua orang sukakannya"

Sumber: metro.co.uk
BAYI di dalam gambar ini dipanggang dan dibakar di atas sekeping zink. Tujuan pelaku bertindak demikian tidak dapat dipastikan, kalau melihat pada gambar barangkali bayi itu akan dimakan?



Ketika zaman Jahiliyah dahulu, masyarakat Arab menanam anak perempuan hidup-hidup bukan kerana mereka malu atau tidak sayang kepada anak mereka. Sebaliknya mereka tidak sanggup melihat anak perempuan dirogol apabila besar kelak.

Maka demi maruah, daripada anak dara mereka menjadi hamba seks, mereka memilih untuk membunuh anak perempuan yang dilahirkan sejak kecil dengan cara menanamnya hidup-hidup.

Namun di zaman moden hari ini ada manusia yang bertindak lebih zalim dan kejam berbanding masyarakat Arab Jahiliah.


Sumber: isuhangat.my
BIASA kita dengar orang-orang Jepun gemar dengan makanan yang segar "fresh" dikatakan untuk mendapat rasa serta sumber protein yang segar dan terbaik.

Lihat gambar di bawah ini, wanita Jepun ini sedang menikmati seekor katak segar yang tidak dimasak. Tambah mengejutkan rupa-rupanya katak ini dimakan ketika ia masih hidup.



Lihat sahaja dari senyumannya, hidangan ini kelihatan enak baginya. Selain itu aktiviti menjamu hidangan katak yang masih hidup seperti ini sebenarnya sudah menjadi perkara biasa di Jepun.



Lihat! Katak itu masih lagi menggeletik kesakitan selepas separuh bahagian badannya dipotong semasa proses penyediaan hidangan ini.



Lihat pula video di bawah ini (Amaran, aksi jijik bakal ditayangkan, anda mungkin kehilangan selera makan beberapa hari selepas menonton video ini)




Sumber: youtube.com


SIAPA sangka, rupa-rupanya kentut juga mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia.

Menurut satu kajian yang dijalankan di Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China, Hydrogen Sulfida yang terkandung di dalam kentut mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Namun para penyelidik masih belum dapat mengenal pasti berapa banyakkah dos kentut yang harus dimakan oleh seorang pesakit darah tinggi bagi menyembuhkannya.

Turut menjadi persoalan ialah, sama ada seseorang pesakit itu dapat menerima kaedah "makan kentut" ini sebagai satu bentuk rawatan.

Sebelum ini, satu kajian yang telah dibuat di Universiti Johns Hopkins menunjukkan, tekanan darah tinggi seekor tikus mampu dikawal menggunakan Hidrogen sulfida daripada kentut.

Namun kaedah ini belum lagi dibuat ujikaji ke atas manusia.

Ada ke sesiapa di sini yang sanggup menjadi Objek ujikaji ini?

Sumber: wantchinatimes.com
MAHKAMAH Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati dengan cara memenggal kepala seorang pelagak ngeri yang telah mengakibatkan kematian dua orang ketika melakukan aksi "drift".

Akhbar tempatan, Al Watan melaporkan, mahkamah Onaiza di wilayah tengah utara Riyadh menjatuhkan hukuman mati ke atas "Mutannish" akibat perbuatan terkutuknya di samping memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara seperti itu.



Lelaki yang tidak dinamakan itu dirujuk sebagai "Mutannish" yang bermaksud "Lelaki yang mengabaikan" di dalam bahasa Arab. Dia dilaporkan ditangkap kerana menyebabkan kematian dua orang ketika melakukan aksi "drift".

Tindakan itu dianggap oleh mahkamah sebagai sama seperti kes pembunuhan.




Sumber: presstv.ir

ISTERI Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak untuk digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanyalah untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak.

Sebaliknya beliau lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed.



Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.

Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.

"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.

Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu kepada Ahmed) yang merujuk kepada anak tertuanya atau "Hajjah" sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.

"Dan jika sekarang saya harus mempunyai gelaran, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'"

"Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta."

Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.


Sumber: laksamanabukitbintang.blogspot.com
BARANGKALI ramai artis di Malaysia yang sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam membuang undi pada setiap kali pilihanraya umum diadakan bagi memilih parti yang memerintah.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi" kata biduanita terkenal negara Datuk Shahrifah Aini yang mengaku tidak pernah mengundi seumur hidupnya.



Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam semalam, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, seramai 50 rakan dan peminat beliau turut mengambil langkah yang sama mendaftar sebagai pengundi di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara" tambahnya lagi.

Sumber: utusan.com.my


SEBUAH pasaraya yang baru dibuka di Süderlügum, sempadan Jerman-Denmark menawarkan barangan runcit percuma kepada 100 pelanggan pertama yang sanggup berbogel di pasaraya itu.

Tawaran itu membawa kepada kehadiran ratusan pelanggan yang sanggup menanggalkan pakaian mereka dan berbogel untuk mendapatkan barangan percuma seperti yang dijanjikan.



Malah para pelanggan juga dilaporkan telah berkhemah di depan pasaraya baru "Priss" itu dengan penuh harapan untuk menjadi di antara pelanggan bertuah yang dapat berbogel untuk menerima barangan runcit percuma seperti yang ditawarkan.

Pihak pasaraya menjanjikan sebakul penuh barangan runcit bernilai €270 (RM1076) kepada 100 pelanggan pertama yang berbogel di pasaraya itu sebagai gimik promosi hari pembukaannya yang pertama.

Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff begitu terharu dengan kejayaan gimiknya itu.

"Saya tak fikir akan ada seratus orang sanggup datang berbogel, saya kira hanya sekitar 10 orang sahaja" katanya.

Dilaporkan lebih dari 100 orang terpaksa dibenarkan masuk iaitu sekitar 20 kumpulan. Polis menganggarkan seramai 250 orang kebanyakannya warga Denmark yang mengambil peluang untuk mendapatkan alkohol percuma.

Inilah jadinya bila kebendaan dipandang lebih bernilai berbanding maruah diri. Semoga perkara begini tidak akan berlaku di negara kita.



Sumber: thelocal.de
JIKA anda menyangka gambar bunga Orkid dengan wajah seakan monyet di kelopaknya ini merupakan hasil penggunaan teknik photoshop atau superimpose, ternyata anda silap.

Bunga ini memang benar-benar wujud, ia merupakan bunga ganjil yang tumbuh di hutan tebal selatan Ecuador dan Peru.

Terkenal dengan nama Orkid Monyet, nama saintifiknya pula ialah Dracula simia



"Simia" merujuk kepada wajah monyet yang terpapar pada kelopaknya, manakala Dracula merujuk kepada dua unjuran taji yang kelihatan seperti hujung kepak pontianak versi Inggeris (Vampire).

Bunga Orkid ini baru ditemui dalam tahun 1978 dan ia merupakan sebahagian daripada keluarga yang mengandungi lebih 120 spesies di Ecuador.

Bunga-bunganya dikatakan memiliki bau seperti limau yang sedang ranum.



Lihat pula gambar di bawah, saling tak tumpah seperti monyet yang sebenar.



Sumber: thesun.co.uk
PIHAK Polis di Stockholm, Sweden telah melancarkan satu gerakan mencari sebuah "teddy bear" yang hilang milik seorang kanak-kanak perempuan.




Sekeping gambar anak patung tersebut disiarkan di halaman Facebook selepas kanak-kanak perempuan yang dimaksudkan, Tyra Blomqvist mendapati "teddy bear" miliknya hilang di kepulauan Sweden dekat Kungsholmen.

Pihak Polis di Stockholm telah menyiarkan gambar teddy bear tersebut di halaman facebook rasmi Polis selepas salah seorang pegawainya menyedari poster yang ditulis oleh kanak-kanak perempuan itu.

Tyra di dalam posternya menunjukkan gambar teddy bear miliknya yang hilang dan menulis: "Penahkah anda ternampak teddy bear saya, saya tertinggal di Hantverksgatan pada 19 Jun"

Di bawah gambar poster tersebut, pihak polis menulis:

"Bersama-sama kita dengan cara menekan "like" pada gambar ini, menyebarkan link, dan membuka mata kita, kita akan berjaya menemukan Tyra dengan teddy bear kesayangannya kembali"

"Pastikan anda tinggalkan teddy bear tersebut di balai polis berhampiran supaya Tyra dapat bertemu sahabatnya kembali!"

Sumber: facebook.com
SEORANG bayi perempuan berusia lapan bulan kini beransur-ansur sembuh di hospital selepas kedua-dua tanganya dikatakan dipotong sehingga putus oleh neneknya sendiri.

Kejadian itu berlaku ketika ibu bapa bayi berkenaan ditinggalkan di rumah untuk dijaga oleh neneknya sementara mereka keluar bekerja di Shandong sebuah wilayah di China.

Bagaimanapun, motif kejadian masih tidak dapat diketahui kerana neneknya yang dipercayai melakukan perbuatan itu kini masih dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri.



Seorang jiran yang menyaksikan keadaan selepas kejadian itu dan turut menemankan ibu dan bayi malang tersebut ke hospital berkata:

"Saya lihat wanita itu pulang ke rumah selepas kerja sekitar awal tengahari tapi 10 minit kemudian dia bergegas turun sambil memeluk bayinya, yang berlumuran darah"

"Tangan bayi itu sudah tiada"

"Wanita itu menghubungi suaminya agar pulang ke rumah untuk mengambil tangan bayinya yang putus"

"Kata wanita itu tangan bayinya sudah ditetak oleh ibunya, yang turut menetak dirinya sendiri untuk membunuh diri"

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada tangan bayi tersebut dapat dicantumkan semula selepas doktor melakukan pembedahan selama 12 jam untuk mencantumkannya semula.

Sekiranya pembedahan itu berjaya, nampaknya bayi berusia 8 bulan itu perlu melalui prosedur selanjutnya untuk mengembalikan sepenuhnya fungsi tangan yang terputus itu.

Sumber: dailymail.co.uk
BEBERAPA keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi.

Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu.




Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno.

Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.

Tinjauan di laman Facebook Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mendapati beliau menyiarkan satu ucapan takziah terhadap aktivis Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang menjadi mangsa.

Di bawah ini kenyataan media yang dimaksudkan.

Rakaman Takziah dan Simpati YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kepada Mangsa Keganasan Himpunan Menyokong Royalti Minyak

1. Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima orang mangsa keganasan pihak yang tidak dikenali semasa Himpunan Menyokong Royalti Minyak di hadapan Kota Darulnaim pada pagi ini Isnin 26 Jun 2012.

2. Beliau yang sedang berada di Shah Alam, Selangor bagi menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini juga turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden ini yang disifatkan tidak wajar berlaku sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang telah dijamin di dalam perlembagaan.

3. Justeru, YAB Tuan Guru telah menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan sebagai mewakili YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika semua mangsa sedang membuat laporan polis sebentar tadi.

4. YAB Tuan Guru juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terhada usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat. Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan perhimpunan aman ini berjaya dilaksanakan.



Yang menjalankan tugas,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Jun 2012

PELAKON komedi terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mengambil dadah jenis kanabis dua tahun lalu.



Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Ahmad Solihin berkata, percanggahan material iaitu sampel air kencing yang diambil daripada kesemua tertuduh dan disimpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan mereka bersalah.

Tambahnya, percanggahan tarikh spesimen yang diambil itu juga telah melemahkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.

"Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah," ujarnya.

Sumber: mStar





SEBUAH telefon genggam jenama Samsung Galaxy S III meletup ketika sedang dicaj di dalam kereta.

Kejadian ini menjadi topik hangat di internet apabila pemilik telefon itu menyiarkan gambar itu di sebuah forum terkenal.

Telefon bimbit dengan teknologi asal Korea Selatan ini mula terbakar di bahagian bawah, berhampiran dengan port caj semula.

Gambar Samsung Galaxy S III yang terbakar ini disiarkan oleh seorang pengguna di Dublin, Ireland yang menggelar dirinya sebagai Dillo2k10.

“Ketika saya sedang memandu dan Galaxy S III sedang dicaj, tiba-tiba berlaku percikan api putih dan kemudian ianya meletup,” katanya seperti dipetik dari DailyMail.



Menurut jurucakap Samsung berkata, “Samsung menyedari masalah ini dan mula melakukan penyelidikan terhadap produk ini. Bila penyelidikan selesai, kami akan memberikan penjelasan berkaitan situasi ini.”

Hingga saat ini Samsung Galaxy S III sudah terjual sebanyak lebih dari 10 juta unit di seluruh dunia dan menjadi salah satu gajet paling laris sejak ia dilancarkan pada Mei 2012 lalu.

Sumber: ndtv.com


PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].




Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

Sumber: MiLo SuaM

PENDAKWAH bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.



Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh penceramah yang kerap berjenaka ini.

Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama beliau.

Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sumber: Astro
Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    3 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays