
BATU PAHAT – Pas meminta agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan parti mereka sendiri dan tidak campur tangan hal berkaitan dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, termasuklah hukuman yang bakal dikenakan ke atas beliau kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.
Menurutnya, Pas tidak perlu tunduk kehendak Umno dan BN, begitu juga dengan nasihat yang diberikan.
“Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ada beri pandangan berkaitan dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap Nizar, tetapi itu kata-kata dia, hukuman yang bakal dikenakan adalah hak kita.
“Ini parti kita, dia patut serah pada kita menentukannya dan kita juga tidak perlu sesekali dengar nasihat dia (Ahmad Maslan),” katanya pada Jamuan Rakyat Sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Pas Tongkang Pechah, semalam.
Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Pas akan uruskan partinya sendiri untuk jadi lebih kuat dan sistematik.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyatakan, rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti ‘ekor cicak’.
“Johor akan jadi macam ekor cicak... ekor cicak kita taulah macam mana jika putus...macam tulah juga Johor jika tidak berubah," katanya.
Katanya, sekarang ini sudah banyak negeri, termasuk anggota polis dan tentera yang berubah beri sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Ramai telah berubah sekarang ini, termasuk tentera dan polis, tetapi Johor tidak berubah. Ini membuatkan Johor ketinggalan," katanya.
Sumber: Sinar Harian

BAGAN SERAI - Pas tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.
"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar.
"Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain... jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.
Ahmad mencabar Pas untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu.
Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan Pas supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka 'mendaulatkan' parti.
Sumber: Sinar
Ummi Hafilda Ali mengugut untuk terus menyerang tiga peminpin dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali iaitu abangnya dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jika mereka tidak bertaubat.
Beliau berkata beliau masih belum mengumumkan "rahsia" yang akan mendedahkan lebih banyak salah laku yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin PKR.
"Bukti tersebut akan disimpan untuk pilihan raya umum yang akan datang. Jika mereka terus menjadi ancaman kepada negara dan bangsa dan bersekutu dengan saya, saya akan mengeluarkan semua bukti-bukti itu untuk menyerang mereka, " kata ahli perniagaan berusia 44 tahun itu kepada pemberita di restoran di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa jika Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang, mengakui kesilapannya, Ummi akan menghentikan niatnya untuk menyerang pemimpin PKR itu.

Beliau berkata beliau masih belum mengumumkan "rahsia" yang akan mendedahkan lebih banyak salah laku yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin PKR.
"Bukti tersebut akan disimpan untuk pilihan raya umum yang akan datang. Jika mereka terus menjadi ancaman kepada negara dan bangsa dan bersekutu dengan saya, saya akan mengeluarkan semua bukti-bukti itu untuk menyerang mereka, " kata ahli perniagaan berusia 44 tahun itu kepada pemberita di restoran di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa jika Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang, mengakui kesilapannya, Ummi akan menghentikan niatnya untuk menyerang pemimpin PKR itu.

Ummi Hafilda,44 tahun
Menahan air mata, Ummi Hafilda, yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama pada tahun 1998, juga menggesa Azmin untuk bertaubat dan bersatu kembali bersama keluarga.
"Walaupun saya marah, jauh di sudut hati saya, Azmin yang masih abang saya. Jika dia bertaubat, saya tidak akan mendedahkan salah laku beliau kepada dunia. Tetapi jika dia terus menolak saya, saya tiada pilihan melainkan mendedahkan salah lakunya, "kata Ummi Hafilda yang ditujukan kepada Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR.
Beliau juga mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji dengan Azmin bahawa beliau akan dijadikan Menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, jika mereka mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini, Ummi Hafilda mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997 dengan mengarahkan penangkapan beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya disabitkan atas tuduhan liwat dan tuduhan rasuah. Beliau menghabiskan masa selama enam tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2004.
YB Azmin, ketika dihubungi menyatakan bahawa PKR hanya akan membincangkan isu-isu sebenar untuk kebaikan negara dan ekonomi bukannya menghidangkan politik kotor.
"Kami lebih prihatin tentang isu-isu seperti kos hidup yang tinggi dan bagaimana untuk menamatkan kemiskinan dan rasuah. Sesiapa yang mahu mengkritik kita boleh terus berbuat demikian tetapi kami komited untuk membantu rakyat, "katanya.
Sumber: The Star
"Walaupun saya marah, jauh di sudut hati saya, Azmin yang masih abang saya. Jika dia bertaubat, saya tidak akan mendedahkan salah laku beliau kepada dunia. Tetapi jika dia terus menolak saya, saya tiada pilihan melainkan mendedahkan salah lakunya, "kata Ummi Hafilda yang ditujukan kepada Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR.
Beliau juga mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji dengan Azmin bahawa beliau akan dijadikan Menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, jika mereka mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini, Ummi Hafilda mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997 dengan mengarahkan penangkapan beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya disabitkan atas tuduhan liwat dan tuduhan rasuah. Beliau menghabiskan masa selama enam tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2004.
YB Azmin, ketika dihubungi menyatakan bahawa PKR hanya akan membincangkan isu-isu sebenar untuk kebaikan negara dan ekonomi bukannya menghidangkan politik kotor.
"Kami lebih prihatin tentang isu-isu seperti kos hidup yang tinggi dan bagaimana untuk menamatkan kemiskinan dan rasuah. Sesiapa yang mahu mengkritik kita boleh terus berbuat demikian tetapi kami komited untuk membantu rakyat, "katanya.
Sumber: The Star

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puashati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikai rakyat. UMNO terburu-buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita-cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakam sejarah, Dato Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.
Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama-sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI di tohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.
UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
Walau apapun keputusan pada 9hb. Januari nanti. pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evoltionary process" dan bukannya suatu "revolutionary process."
Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.
Justeru itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13. Kemenanan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.
Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato' Seri Anwar pada hari tersebut, 9 Januari 2012.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Sumber: Laksamana Bukit Bintang

Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.
Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.
“Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam,” katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.
Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.
Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.
PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.
Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman.
Sumber : The Malaysian Insider
TINDAKAN seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips) berkata ahli politik berusia 35 tahun itu sudah berkeluarga dan ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam sebuah kereta Proton Wira berhampiran semak-samun.
Menurut Jaips, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
KONSPIRASI menjatuhkan Azmin Ali yang dimainkan oleh oleh blogger pro Umno Anuar Mohd Nor dalam blog umno-reform2.com dan Zaid Ibrahim dalam media portalnya adalah usaha terdesak untuk mengekang kebangkitan menjelang 9 Januari 2012.
Dalam kenyataan blogger itu yang turut disiarkan oleh Free Malaysia Today, sebuah media pro Zaid Ibrahim menyebut bahawa penguasaan Parti Keadilan Rakyat akan terjejas sekiranya Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dipilih memimpin parti itu pasca era Anwar Ibrahim.
Blogger itu turut menyalahkan Azmin Ali tentang beberapa kelemahan PKR yang didakwa bermula akibat penguasaan menyeluruh beliau dalam hierarki dan keputusan parti. Kekalahan Badrul Hisham Shaharin dan kelemahan sayap Angkatan Muda turut dikaitkan dengan Azmin.
Menarik untuk dikupas, kenapa kerajaan dan Umno, kenapa begitu risau tentang kejatuhan seteru kuat seperti PKR sedangkan kejatuhan itu boleh memberi impak positif pada Umno yang semakin lemah?
Atau adakah ini reverse psychology yang harus dibaca, Umno dan Barisan Nasional melihat gelombang rakyat akan terus mantap sekiranya PKR dipimpin oleh Azmin Ali berbanding pemimpin parti yang lain?
Dan apakah keterlibatan Zaid Ibrahim dalam isu ini, kerana kebelakangan ini terlihat unsur-unsur yang jelas minat bekas pesaing Azmin Ali itu untuk bertanding atas platform PKR di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan wujud usaha untuk membawa beliau kembali ke dalam parti.
Umum mengetahui bahawa Zaid Ibrahim merajuk apabila tewas di tangan Azmin Ali dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 dan keluar untuk membentuk parti KITA yang bolehlah diibaratkan tidak menyengat seperti hidup segan mati tak mahu.
lufias

RESIDEN Diplomatik di Jalan U-Thant berdekatan dengan kedutaan United States yang biasanya tenang dan teratur, menjadi sesak dengan beribu-ribu pekerja asing Indonesia sejak akhir-akhir ini.
Setiap hari, ada di antaranya yang berkhemah di luar Wisma Duta dan membanjiri kawasan itu seawal 6 pagi untuk mengambil peluang di atas tawaran kerajaan Malaysia kepada pendatang tanpa izin.
Wisma Duta, di No 23, Jalan U-Thant merupakan kediaman rasmi Duta Besar Indonesia ke Malaysia.
Sesetengah penjaja telah mengambil kesempatan dengan kehadiran pendatang asing untuk menjual makanan dan minuman di luar Wisma Duta, bersebelahan dengan kediaman duta Iraq dan apartmen-apartmen mewah Sri Se-Ekar.
Ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk pada awal pagi di sepanjang jalan, yang mempengaruhi pergerakan diplomat. Sampah juga bertaburan di seluruh kawasan. Polis terpaksa memantau keadaan untuk memastikan keadaan terkawal.
Seorang pegawai kedutaan berkata Wisma Duta telah ditukar peranannya buat sementara waktu menjadi pusat pemprosesan imigresen untuk membantu rakyat Indonesia untuk mendapatkan dokumen perjalanan seperti pasport atau Sijil Perjalanan seperti Pasport (dokumen perjalanan sebagai ganti pasport) disebabkan kedutaan sebenar di Jalan Tun Razak tidak dapat untuk menguruskan pemohon yang terlalu ramai dengan tiba-tiba.
Pegawai itu berkata mereka telah membuka kaunter tambahan dan menyediakan peralatan dan kakitangan yang cukup untuk menampung permintaan yang meningkat berikutan bermulanya program pengampunan 6P, yang bermula pada 1 Ogos dan dijangka berakhir menjelang 31 Disember.
Enam P merujuk kepada Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan,Pemantauan, Penguatkuasaan, dan Pengusiran.
"Selepas mendapat dokumen perjalanan, pekerja asing, termasuk pembantu rumah, dikehendaki untuk pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk salinan cap jari biometrik dan mendapatkan permit kerja mereka. "Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka boleh ditahan, didenda, dipenjara atau dihantar pulang sebagai hukuman bekerja secara haram," kata pegawai itu.
Kedutaan, bagaimanapun, hanya memberikan nombor tiket terhad untuk pendatang setiap hari. Oleh itu, banyak kemah didirikan pada waktu malam di luar Wisma Duta oleh pemohon yang merupakan warga asing dengan harapan untuk mendapatkan nombor keesokan harinya.
Ketua jabatan maklumat kedutaan, hal ehwal sosial dan budaya, Suryana Sastradiredja berharap keadaan ini akan selesai secepat yang mungkin.
Sumber: New Straits Times
SEORANG pegawai khas di sebuah parlimen di Malaysia didakwa melakukan kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita di pejabatnya, satu sumber Free Malays melaporkan.
Dalam kejadian itu, pegawai khas parlimen berkenaan didakwa telah mencabul dengan niat, kehormatan seorang wanita di pejabat parlimen berkenaan dan telah juga mengugut wanita terbabit agar tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis demi tujuan keselamatan.
Wanita terbabit yang turut sekali-sekala membantu urusan di pejabat parlimen tersebut, bagaimanapun enggan tunduk sebaliknya bertindak melaporkan pada pihak polis tentang kejadian itu agar tidak ada orang lain yang menjadi mangsa.
Pihak polis telah bertindak mengambil kenyataan daripada tertuduh dan melepaskannya dengan ikat jamin.
Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Sekurang-kurangnya dua orang yang lain di dalam pejabat ahli parlimen itu mengetahui kisah sebenar dan masih berusaha untuk melindungi kejadian, demi menjaga imej masing-masing.
Free Malays akan menbuat pendedahan esklusif sedikit masa lagi.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis menggesa penyiasatan dijalankan keatas seorang lelaki berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina di luar negara.
Pengerusi Belia Pertubuhan Islam Kepong(PBIK), Norizan Ali berkata: "Pertubuhan bukan kerajaan itu membuat laporan di ibu pejabat polis Sentul meminta siasatan dan tindakan diambil ke atas lelaki itu yang gambar perkahwinannya telah tersebar luas dalam laman web."
"Kami telah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan syarikat-syarikat yang berhubung dengan kerajaan (GLC) untuk memeriksa pelajar-pelajar yang ditaja sebagai penerima biasiswa," katanya.
Lelaki itu dilaporkan merupakan seorang pelajar perubatan di Dublin tetapi dia tidak menamatkan pengajiannya.

"Mereka akan memilih pelajar yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang tetapi tidak memeriksa keperibadian dan kepercayaan agama," kata Norizan.
Beliau berkata :"PBIK akan menghantar satu salinan laporan polis ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan(Jawi) untuk menggesa pihak JAWI mengambil tindakan terhadap lelaki itu jika dia kembali ke Malaysia."
"Perkahwinan itu adalah satu penghinaan kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
Pengerusi Komuniti Biro Pengaduan Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menghantar surat kepada anaknya, meminta dia bukan sahaja pulang kembali ke pangkuan keluarga, tetapi juga menyelesaikan RM890, 000 pinjaman pendidikan.
Sumber: The Star

Dua menteri MIC yang mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menarik balik novel Interlok yang mencetuskan kontroversi daripada sukatan pelajaran sekolah mulai tahun depan dikritik oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini.
Datuk Dr Mohd Puad menyatakan kedua-dua menteri, yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kementerian Pelajaran telah melampaui batas dengan membuat pengumuman.
Menurut Datuk Dr Mohd Puad, mereka sepatutnya menunggu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat pengumuman. Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada di luar negara dan akan kembali hanya pada 25 Disember ini.
"Saya hanya mendengar tentang keputusan penarikan balik novel Interlok pada malam Jumaat lalu apabila menonton berita di televisyen. Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikan isu itu kerana saya tidak ada pada mesyuarat kabinet ketika isu itu dibincangkan," tambah beliau lagi.
Beliau menunjukkan rasa kesal dan menyatakan bahawa Presiden MIC Datuk G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam tidak sepatutnya mengabaikan menteri yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan.
"Tindakan mereka boleh mewujudkan salah faham. Mereka tidak sepatutnya melakukannya. Ia seolah-olah mereka tidak memberi peluang kepada menteri pendidikan untuk menjelaskan lagi," kata Datuk Dr Mohd Puad kepada akhbar The Sun.
Jumaat lepas,Datuk G. Palanivel, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Datuk Seri S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, secara berasingan mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menarik balik buku itu dari sukatan pelajaran sekolah.
Ketika dihubungi oleh akhbar The Sun, Datuk G. Palanivel mempertahankan keputusannya membuat pengumuman itu dan mengatakan bahawa penarikan balik novel itu dari sukatan sekolah bukan keputusan yang diambil secara tiba-tiba.
"Saya telah bercakap mengenai isu ini kepada Pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Negara, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim pada 12 Mei apabila kami sama-sama melawat bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam ketika beliau sakit, dan saya memberitahunya Interlok tidak akan digunakan pada tahun 2012," kata Datuk G. Palanivel.
"Versi yang telah dipinda, yang telah kami telah persetujui, hanya digunakan kerana ia sudah diperkenalkan kepada sekolah-sekolah pada tahun ini. Dalam mesyuarat kabinet, kami hanya mengingatkan Timbalan Perdana Menteri untuk mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan buku itu tidak akan digunakan dalam sukatan pelajaran mulai tahun depan, "katanya semalam.
Sementara itu, sumber dari kementerian mengatakan bahawa Ketua Pengarah dipanggil bermesyuarat hari ini berhubung keputusan yang telah diterima mengenai novel yang kandungannya dipinda digunakan sebagai komponen kesusasteraan subjek Bahasa Melayu Tingkatan Lima.
"Kita boleh menjangkakan pengumuman akan dibuat Isnin ini," kata sumber itu kepada akhbar The Sun.
Sementara itu, Presiden Kumpulan Sastera Kavyan, Uthaya Sankar SB memuji keputusan penarikan balik novel dan sabar menunggu kenyataan rasmi daripada kementerian.
"Kita hanya akan tahu sama ada penarikan balik Interlok adalah benar dan sah apabila Muhyiddin membuat kenyataan, yang sepatutnya dilakukan dalam masa terdekat ini, jadi kami sedang menunggu untuk mendengar pengumumman iti," kata Uthaya kepada akhbar The Sun ketika dihubungi.
"Kita bimbang sama ada ini akan menjadi satu lagi isu yang berbangkit, dimana Presiden MIC telah membuat satu kenyataan minggu lepas yang menyatakan bahawa parti itu gembira dengan pindaan kepada buku itu dan sekarang ini isu tuntutan penarikan balik novel secara tiba-tiba," katanya.
Uthaya juga melahirkan kebimbangan bahawa keputusan itu, jika benar, boleh menjadi satu agenda politik semata-mata bertujuan untuk memenangi undi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz ketika dihubungi menayatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan berhubung isu penarikan balik novel Interlok.
"Saya hanya tahu tentang perkara ini apabila tersiarnya berita di televisyen, radio dan akhbar. Pihak-pihak yang tidak berpuas hati telah pun bersetuju supaya versi itu dipinda, yang kemudian telah dicetak dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk sesi pembelajaran tahun depan. Saya kini menunggu arahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, "katanya.
Interlok merupakan sebuah buku teks sebagai komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu tingkatan lima yang digunakan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya.
Novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, mengisahkan tentang kehidupan tiga orang dari tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Ia dikatakan mewujudkan kontroversi kerana terdapat frasa-frasa tertentu dan kata-kata yang dianggap bersifat perkauman dan menyentuh sensitiviti masyarakat India. Beberapa pindaan telah dibuat kepada awal tahun ini.
Sumber: The Sun Daily
SEORANG kolumnis The Malaysian Insider membuat laporan polis petang ini mendakwa dia telah difitnah oleh blogger pro-Umno Papagomo.
Amin Iskandar ditemani peguamnya membuat laporan polis di balai polis Jalan Travers meminta pihak berkuasa menyiasat tulisan Papagomo.
Papagomo, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam tulisannya bertajuk “Amin Iskandar penulis The Malaysian Insider akui dicabul Anwar Ibrahim” mendakwa Amin telah ‘dicabuli’ oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amin dengan keras menafikan dakwaan itu dan mengkritik tindakan Wan Muhamad Azri sebagai tidak wajar.
“Fitnah Wan Muhammad Azri, dipercayai dilakukan dengan niat mahu mempertahankan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Naib Ketua Pemuda Umno) Datuk Razali Ibrahim daripada tulisan dan kecaman saya pada 25 November lalu,” kata Amin selepas membuat laporan polis.
“Sebagai seorang penulis dan pemblog yang memperjuangkan kebebasan meluahkan pandangan, laporan ini bukan dibuat oleh menyekat kebebasan bercakap, tetapi untuk menghentikan fitnah daripada menjadi budaya sesetengah pihak,” katanya lagi.
Sumber: The Malaysian Insider
MENJELANG Pilihanraya Umum ke 13, timbul pula bisik-bisik mengenai skandal dan dakwaan yang melibatkan orang politik.
Terbaru, salah seorang penulis Free Malays telah menerima satu maklumat mengenai seorang ahli politik dari pembangkang yang didakwa bernikah kali kedua secara tidak sah di luar negara.

Menurut kiriman emel itu, ahli politik ini didakwa telah bernikah sekitar lapan bulan yang lalu di sebuah negara jiran dan sehingga kini masih merahsiakan pernikahan itu daripada pengetahuan umum.
Sumber juga menyebut, isteri ahli politik pembangkang terbabit tidak tahu mengenai hal ini dan hanya mengesyaki suaminya cuma mempunyai skandal dengan wanita terbabit.
Pendaftaran nikah lain-lain negara, hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah.
Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin
Sebaliknya, sekiranya berkahwin di luar negara tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan.
Bagi kesalahan berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran hukumannya adalah penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali, manakala bagi poligami tanpa kebenaran pula boleh dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Malah kesalahan mendaftarkan nikah selepas 6 bulan boleh mengakibatkan penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Menariknya, menurut sumber yang memberitahu, ahli politik ini dan pasangannya telah melakukan ketiga-tiga kesalahan diatas dengan serentak dan boleh merisikokan mereka berdua untuk disabitkan dengan kesalahan berganda di Mahkamah Syariah.
Mereka juga dikatakan tidak segan-segan kesana- kemari berdua tanpa ada rasa salah melanggar undang-undang negara, ahli politik ini adalah pemimpin, maka seharusnya menunjukkan contoh yang baik buat rakyat, dan tidak sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati.
Parti pembangkang disarankan tidak hanya ghairah mencari kesalahan pemimpin politik parti kerajaan, sebaliknya dalam masa yang sama tidak melindungi ahli partinya, sekiranya mereka maklum tentang perkara ini.
Ahli politik terbabit harus diberi amaran keras demi menunjukkan pakatan pembangkang telus untuk menuntut pembaharuan.
Pengirim juga ada mengepilkan beberapa keping gambar ahli politik pembangkang itu bersama isteri mudanya, namun pihak editor ingin mengesahkan dulu maklumat ini sebelum didedahkan kepada umum.
SKANDAL lembu NFC terus menghangatkan arena politik negara. Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mempertahankan dirinya dari skandal lembu terbabit telah mengundang respon balas dari Parti Keadilan Rakyat apabila mereka memanggil satu sidang akhbar untuk menjawab kenyataan Shahrizat Jalil.
Hari ini bersamaan dengan 30 November 2011, Ahli Parlimen Ampang YB Hajjah Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Keadilan, Setiausaha Agung Keadilan, Yb Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang dan Saudara Rafizi Ramli iaitu Pengarah Strategi Keadilan akan mendedahkan bukti baru penyelewengan skandal lembu NFC.
Sidang akhbar ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang, antara lain dipercayai untuk mendedahkan bukti-bukti lain skandal lembu yang melibatkan suami dan anak-anak Shahrizat Jalil yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Untuk rekod, Shahrizat Jalil adalah Senator yang dilantik sebagai Menteri Penuh atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita Umno walaupun tewas mengejut di tangan Yb Nurul Izzah untuk kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum yang lalu.
Skandal lembu NFC ini bermula apabila National Feedlot Corporation Sdn Bhd milik keluarga Shahrizat Jalil yang mendapat pinjaman mudah kerajaan sebagai integrator projek fidlot kebangsaan, bernilai RM 250 juta didakwa menggunakan sebahagian dana itu untuk pembelian dua unit kondominium mewah One Menerung, di Bangsar
Berikut adalah bukti pengakuan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Salleh Ismail atas skandal lembu dan pembelian dua unit kondominium mewah yang dipetik dari Bernama
Pembelian itu dianggarkan sebanyak RM 13.8 juta dan juta dicatat sebagai hutang kepada NationalMeat & Livestock Corp iaitu syarikat yang turut dimiliki dan diuruskan oleh pengurusan tertinggi NFC. Jumlah hutang terkumpul NMLC pada tahun berakhir 31 Disember 2011 kepada NFC adalah bernilai RM 83 juta.
Skandal lembu ini disiasat oleh Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun sehingga dua puluh tahun.
LANGKAH Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.
Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid merangka strategi informasi sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.

"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran" katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong, ujar beliau lagi.
"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.
Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.
KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang menarik. Terbaru, seorang MP Keadilan Datuk Johari Abdul menyanyi bersama dalam satu 'busking' bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".

Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, tidak kekok dan dengan sikap penuh sporting bersama-sama seniman yang datang sukarela menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.
Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi tersohor Indonesia. Kelompok besar yang bersama turut memberikan sokongan dan menyanyi bersama-sama sambil menghulurkan derma.
Sumbangan adalah untuk program "Hope 2 Walk" yang dijalankan bagi membantu adik Annisa dan adik An-Nur untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menerima pendidikan yang baik. Kedua anak istimewa ini hilang keupayaan untuk berjalan.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi penganjur di talian 012-2124414/013-2096373/013-2031355 yang dibuka 24 jam sehari. Penyumbang juga boleh menderma terus ke dalam Tabung Harapan Annisa dan An-Nur di nombor akaun Maybank 156114001424 milik bapa mereka, Mohd Affandi Bin Ramli.
Selain itu, boleh juga menyumbang terus ke nombor akaun Bank Islam 14229020019752 milik adik Annisa Bt Mohd Affandi. Setiap sumbangan adalah satu langkah harapan.
Layari www.hope2walk.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Hope-2-Walk untuk maklumat lanjut.
KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan dan sebagainya bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.
Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan beliau sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.
Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut, demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.
Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan. Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.
SATU lagi kes khalwat pemimpin tersebar luas sejak beberapa hari lalu, kali ini melibatkan pemimpin UMNO yang menjawat jawatan Pengerusi Putera Umno merangkap Timbalan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam dalam satu serbuan di hotel tempatan.

Beliau sudah pun berumahtangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Selain jawatan parti, beliau juga merupakan orang kanan kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Datuk Abdul Rahman Bakri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 18 November 2011 bersama seorang gadis berasal dari Kelantan berusia 23 tahun.
Mereka ditangkap berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet, Harbourview Sekinchan dalam satu serbuan operasi bersepadu di Daerah Sabak Bernam oleh JAIS, Polis, serta Ahli Majlis Sabak Bernam.

Ramai pihak yang tidak menyangka seorang pegawai yang rapat dengan Ahli Parlimen Sabak Bernam itu boleh terjerumus ke dalam kancah maksiat apatah lagi ia dilakukan di dalam kawasan Sabak Bernam.
Kejadian ini bakal menjejaskan reputasi Ahli Parlimen berkenaan apatah lagi menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.
Kejadian ini juga bakal menyaksikan usaha Barisan Nasional terutama Umno untuk mendekati pengundi muda bakal terjejas apabila pemimpin muda yang sepatutnya menjadi "role model", tewas akibat silap pertimbangan diri sendiri.
GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.
Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.
Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.
Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.
Nur Diyana pada 19 April lalu, mengaku tidak bersalah
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Sumber: Kosmo
HAMPIR 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang mendesak Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.

Desakan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.
Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , "Naik subsidi RM50 seratus Kilo", "Noh Omar Khianat Petani" dan "Noh Omar letak jawatan".
Noh Omar didesak meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh
Nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.
Tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.
Sehubungan itu para petani meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.
"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00"
Difahamkan, dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.
