• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label Berita Menarik. Show all posts

SEORANG penyelam bebas dari Jerman berjaya memecahkan rekod dunia sekaligus menempatkan namanya di dalam Guinness World Records apabila berjaya menyelam selama lebih 20 minit di dalam air.

Tom Sietas, 35, menyaingi bekas pemegang rekod dunia sebelum ini warga Brazil, Ricardo Bahia mencipta rekod baru menahan nafas selama 22:22 minit.

Kejayaan luar biasa itu dilakukan di China di dalam sepasang tangki yang diletakkan secara bersebelahan bagi membolehkan kedua-dua jaguh itu bertanding. Rekod yang dipegang oleh Bahia sebelum ini ialah 20:21 minit.



Sietas dilaporkan memiliki kapasiti paru-paru 20% lebih besar berbanding saiz purata seorang manusia kebanyakkan yang sama saiz dengan susuk tubuhnya.

Bakatnya di dalam menyelam mula disedari apabila seorang pelatih 'scuba-diver' yang mengajarnya terlihat kebolehan Sietas menahan nafas.
KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku.

Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.

Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.



Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.

"Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson.

Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi - ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih.

Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu.

Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi - laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih.

"Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda" tambah Jackson lagi.

"Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih" tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, "Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya".


SEORANG wanita Brazil telah selamat melahirkan anak kembar yang melekat dengan satu badan dua kepala dengan selamat.

Maria de Nazare, 23, melahirkan bayi kembar dengan kaedah "C-section" di sebuah hospital di Anajas, di Para negeri utara Brazil. Bayi itu diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya kerana dikatakan keajaiban Krismas.

Bayi yang baru lahir itu seberat 4.6 kilogram dan berada dalam keadaan sihat, tetapi doktor mengatakan ia adalah terlalu awal untuk meramal bagaimana pertumbuhan mereka selepas itu.

Bayi itu masing-masing mempunyai otak dan saraf tunjang, tetapi mereka berkongsi semua organ-organ lain, termasuk jantung, paru-paru dan hati.

Seorang pakar Obsterik yang bertanggungjawab pada kelahiran itu, Joseph Brazil berkata: "kembar itu mempunyai selera makan yang menakjubkan".

Kata Pengarah Hospital dimana bayi itu dilahirkan: "ia adalah satu keajaiban melihat bayi kembar itu berada dalam kesihatan yang benar-benar baik dan dibenarkan peluang serta merta."

Ibu bayi itu telah dimasukkan ke Hospital Municipal de Anajas setelah mengalami kesakitan yang teruk pada awal minggu ini. Dia tidak pernah menjalani apa-apa pemeriksaan ultrasound semasa kehamilan dan sedar keadaan anaknya hanya beberapa saat sebelum kelahiran bayi.

Pakar Obsterik, Dr Neila Dahas benyatakan keadaan bayi itu sedemikian disebabkan "kelewatan dalam pembahagian telur" ketika persenyawaan berlaku.

"Saya mahu dia (ibu) memahami bahawa dia tidak mempunyai seorang anak lelaki yang bersaiz besar, seorang anak lelaki dengan dua kepala, tetapi dia melahirkan dua orang anak lelaki," tambahnya lagi.

Dr Dahas menyatakan bahawa ia benar-benar mustahil untuk memisahkan dua kepala kerana mereka berkongsi hati, jantung, paru-paru dan pelvis. Beliau menambah bahawa salah seorang daripada bayi itu mempunyai masalah pernafasan dan memerlukan bantuan khas.

Sumber: News.Com
Jyoti Amge..18 tahun

Seorang pelajar berbangsa India yang berasal dari Nagpur, India yang berketinggian hanya 62.8 sentimeter (kurang daripada dua kaki, satu inci) telah disahkan sebagai seorang wanita hidup terpendek di dunia dan dianugerahkan Rekod Dunia Guinness hari ini.

Jyoti Amge mengambil anugerah itu sempena menyambut ulang tahun ke 18 dengan keluarga dan rakan-rakan di bandar Nagpur, kira-kira 520 kilometer (320 batu) dari timur Mumbai di barat India.

Seorang pengadil rasmi untuk Guinness World Records, Rob Molloy berkata kepada kepada AFP: "Dia berketinggian hanya 62.8 sentimeter. Ketinggiannya diukur sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam terakhir kerana ketinggian boleh berbeza-beza sedikit mengikut masa dalam sehari.

"Seorang doktor mengukur ketinggiannya sebanyak tiga kali pada waktu yang berbeza-beza dengan kehadiran kami sebagai saksi, dalam dua posisi secara berdiri dan berbaring. Kami mengambil purata dari ketiga-tiga ukuran. "

Amge, yang kini dikenali sebagai remaja terpendek di dunia, menangis kegembiraan ketika menerima anugerah itu sambil diperhatikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Pengadil Rekod Dunia Guinness, Rob Molloy bercakap dengan Jyoti Amge
Remaja yang menerima anugerah itu dalam pakaian tradisional India iaitu sari, berkata: "Saya sangat gembira mendapatkan rekod ini."

Molloy berkata beliau berbesar hati menyaksikan rekod ini dicatatkan kerana ia merupakan satu simbolik dan salah satu anugerah popular.


"Saya bekerja di Guinness World Records selama lapan tahun, dan saya berasa cukup berbangga kerana diberi amanat untuk menyelia penganugerahan ini."tambah Molloy lagi.

Amge, mempunyai genetik "dwarfism" atau kekerdilan yang dipanggil achondroplasia menyebabkan pertumbuhan terbantut dan terhad kepada ketinggian purata bayi perempuan berusia empat bulan.

"Dia pernah menyatakan harapan untuk menjadi pelakon Bollywood," kata ayahnya.

"Pemegang rekod terdahulu wanita hidup yang terpendek di dunia adalah Bridgette Jordan yang berketinggian 69.49 centimtre(dua kaki, tiga inci) yang berasal dari bandar Illinois Amerika Syarikat," kata Molloy.

Bridgette Jordon..Pemegang Rekod Guiness sebelum Jyoti


Sumber: New Straits Times


SEORANG lelaki di China di laporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu ogos lalu apabila dia mula mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.

Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.

Setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu.

Dia mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.

Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi "tolong saya" dan mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta.

Dia disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.

Sumber: Weird World News
Lelaki mabuk berpakaian Santa menjadikan wanita Berlin sebagai sasaran

BERLIN dikejutkan dengan kehadiran Santa palsu yang menjadi ancaman kepada kaum wanita. Setakat ini, lapan orang wanita dilaporkan telah menjadi mangsa Santa palsu itu.

Minggu lepas, seorang remaja perempuan telah menjadi mangsa kelapan lelaki di ibu negara Jerman apabila dia meneguk brandy ceri yang ditawarkan kepadanya oleh seorang lelaki yang memakai pakaian Bapa Krismas atau Santa Clause.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan tenat dan mengalami kehilangan ingatan jangka pendek.

Analisa minuman itu menunjukkan ia mengandungi sejenis dadah yang dikenali sebagai "Date-rape" yang dicampurkan dengan alkohol.

Minggu sebelumnya, seorang jururawat Tanja Doebbel, 23, dan rakannya telah ditawarkan Santa sejnis minuman yang dikatakan minuman vodka lemon. Tanpa ragu-ragu mereka meminumnya menyebabkan mereka jatuh sakit serta-merta sejurus meminum air itu.

Lelaki itu kemudian memberitahu wanita yang dia adalah seorang doktor dan mengajak mereka pergi bersamanya ketempat pengubatannya untuk pemeriksaan percuma.

Kedua-dua wanita itu bernasib baik apabila ada orang yang melewati kawasan itu dan melihat keadaan mereka lalu menelefon polis.

Sejurus Santa palsu itu menyedari kehadiran polis, dia segera melarikan diri.

Ketika disoal, Tanja berkata: "Kami tidak dapat berjalan, agak pening, dan penglihatan menjadi kabur."

Sejurus kejadian itu, pemeriksaan keatas minuman itu dijalankan dan didapati ia adalah sejenis air yang bercampur dadah jenis ecstasy dalam bentuk cecair.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu kerap menghampiri orang-orang yang sedang berpesta dan mengatakan dia adalah seorang bapa yang baru dan dia ingin bertanyakan tentang perihal bayi. Lelaki ini menggunakan pelbagai cara untuk memerangkap wanita untuk dianiaya.

Sumber: The Sun


SEORANG usahawan yang terkenal dari Switzerlad telah mengubahsuai kereta mercedes miliknya menjadi suatu kenderaan yang sangat menarik dan berkilau.

Usahawan itu yang dikenali sebagai Ueli Anliker menghabiskan lebih daripada 3.5 million pound untuk mengubahsuai kenderaannya yang dahulunya dibeli dengan harga 300 ribu pound dan menggelarnya 'Anliker McLaren SLR 999 Read Gold Dream'.

Asalnya, kenderaan ini yang berkuasa 200 mpH adalah jenis kereta yang dihasilkan oleh pengilang Jerman yang merupakan salah satu produk paling eksklusif.

Pengubahsuaian yang dilakukan Anliker telah diklasifikasikan oleh Top Gear sebagai satu cetusan idea yang boleh memukau pandangan mata anda dan mengatasi mimpi ngeri anda.

Dengan tanda harga minimum 7 million pound, ia telah menjadi kenderaan yang paling mahal di dunia untuk dijual di pasaran terbuka.

Pemilik Kenderaan: Ulie Anliker

Anliker bekerjasama bersama 35 orang yang lain didalam satu pasukan dan menghabiskan lebih kurang 30,000 jam untuk mengecat kereta dengan 25 lapisan cat merah yang bercampur dengan serbuk emas.

Setiap roda kereta,lampu utama,dan kerangka pintu disaluti dengan emas 24 karat dan dihiasi dengan lebih daripada 600 biji batu delima.

Di bahagian dalam pula diletakkan emas dan bersama-sama lapisan permata sebagai penanda , stereng yang disaluti emas dan dan gear yang dihiasi dengan batu delima.

Mercedes SLR 200mpH telah diubah dengan 24-karat emas pada roda dan lampu

Kenderaan yang mempunyai 5,4-liter enjin dirangsang kuasanya dari 640bhp kepada 999bhp, menjadikan kelajuannya meningkat melebihi 210mpH.

Seorang jurucakap untuk Anliker berkata: "Menjual kenderaan ini tidak pernah menjadi sebahagian daripada motivasi dan matlamat utama Encik Anliker, tetapi beliau akan menimbangkan tawaran yang bersesuaian dengan nilai hasil kreativitinya."

Sumber: The Sun
KINI wujudnya pendekatan terbaru yang mudah dalam dunia penggambaran dimana amatur boleh mengubah dan menambah gambar dalam seminit tanpa mudah di kesan tanpa memerlukan peralatan khas, latihan, kemahiran atau akses yang rumit sambil mengekalkan kualiti asal gambar tersebut.

Teknik yang dicipta oleh seorang 'programmer' Kevin Karsch, akan ditunjukkan pada persidangan Siggraph di Hong Kong pada bulan ini.

Karsch menyatakan bahawa walaupun pengguna terdiri daripada 'orang baru' atau orang-orang yang kurang mahir, hasil daripada penggunaan program yang diperkenalkan boleh mencapai hasil pengubahan seperti seorang profesional.

Kaedah Karsch adalah unik. Beliau mengatakan bahawa walaupun secara digital agak mudah untuk membuang objek dari skrin gambar, ia lebih sukar untuk memasukkan sesuatu objek tanpa dapat dikesan oleh pandangan mata tentang perubahannya.

"Kaedah-kaedah mengubah gambar yang sedia ada sekarang adalah agak remeh dan susah", kata Karch yang merupakan seorang pelajar PhD di universiti Illinois.

"Untuk memasukkan objek ke dalam sesuatu rakaman adegan atau gambar, teknik yang ada sekarang memerlukan beberapa geometri digambarkan secara manual, menggunakan model lampu yang memantulkan cahaya yang diletakkan di tempat rakaman diambil, mengambil pelbagai gambar dari pelbagai sudut, atau bahkan meletakkan model atau objek-objek yang ingin digambarkan secara manual", tambahnya lagi.

Proses ini perlu dijalankan dengan cermat dan teliti dan memerlukan kepakaran.

Teknik-teknik yang sedia ada sekarang


Perbezaan teknik yang diperkenalkan sangat ketara di mana perisian Karsch pula secara automatik membina draf kasar senario model 3D dan pengguna hanya perlu menambah mana-mana permukaan yang diingini dengan melukis pada skrin.

Seterusnya pengguna perlu menambah sumber cahaya dan mengubah nilai pencahayaan yang bersesuian pada imej.

Sistem kami secara automatik akan menjana model fizikal di gambar tersebut menggunakan tanda aras pencahayaan dan gambaran yang diinginkan pengguna , 'kata Karsch.

Perisian kemudiannya menambah nilai cahaya di mana Karsch mencipta program yang boleh mengadaptasi gambar yang perlu dalam keadaan berkilat, gambar refleks ataupun objek sintetik yang memerlukan sinaran.

Untuk menambah patung, pengguna hanya perlu melukis garis kasar bilik, kemudian menandakan sumber cahaya, maka objek 3D boleh digambarkan


Karch menyatakan bahawa kaedah yang diperkenalkan ini hanya memerlukan beberapa penjelasan ringkas yang ditandakan oleh pengguna sambil membenarkan pengguna-pengguna baru untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Hasil-hasil dari pengubahan gambar yang telah dicapai dengan kaedah yang diperkenalkan kelihatan realistik, dan ramai orang cenderung untuk memihak kepada teknik pentafsiran sintetik yang diperkenalkan berbanding penambahan gambar melalui kaedah sisipan lain.

Proses pencahayaan automatik menambah lapisan cahaya untuk mewujudkan hasil yang meyakinkan dan juga dapat disesuaikan dengan objek berkilat, refleks atau bersinar


Sumber: Daily Mail
DONNA Eljammal yang berusia 26 tahun, mencatatkan sejarah sebagai polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung ketika bertugas secara rasmi.




Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis lama wujud sebelum dirinya memakai tudung.

"Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain dan bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi hampir mustahil, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, selepas beberapa perdebatan yang akhirnya membuka minda rakyat.





Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza.

"Saya membesar di pekan PiteƄ dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di Pejabat Masyarakat, saya adalah orang pertama yang memakai tudung.

Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadinya seorang Muslimah yang wajib bertudung," jelasnya.



Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja.

Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan tugasnya tanpa halangan, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Arena bola sepak di kejutkan dengan penyebaran berita skandal penyerang Liverpool Andy Carrol dengan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski ketika perlawanan FIFA 12 berlangsung. Klip video yang disebarkan di Youtube dimana mendapat perhatian meluas oleh peminat bola sepak dan catatan penonton youtube itu dianggarkan lebih kurang sejuta orang.

Setelah gosip ini diteliti, didapati ia hanyalah animasi permainan video game di mana berlaku kerosakan teknikal pada video game menyebabkan seolah-olah berlaku rakaman berunsur seks yang berlaku agak pantas dikesan oleh seorang pemain video game dan dimuat naik di laman web. (sila klik di sini untuk menyaksikan rakaman.)


Cumbuan panas selepas menjaringkan gol antara penyerang Liverpool dan penjaga gol Arsenal

Keadaan pelik dan melucukan ini berlaku apabila penyerang Liverpool, Carroll menjaringkan gol dan berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, Lukasz lalu terjatuh dan menunjukkan aksi ghairah antara satu sama lain apabila bercumbuan dan berpelukan di atas padang.

Ia adalah salah satu penemuan paling melucukan dalam permainan PlayStation dan Xbox hit setakat ini.

Lain-lain rakaman yang ditemui yang agak melucukan termasuk pemain lawan yang muncul di dalam pasukan yang menang dan bermesra ketika mereka meraikan kemenangan.

Lebih daripada 5,000 orang telah menunjukkan minat dengan klip dan menekan butang 'like' dan lebih dari 1000 komen telah di terima.

Sumber: The sun


SKANDAL lembu NFC terus menghangatkan arena politik negara. Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mempertahankan dirinya dari skandal lembu terbabit telah mengundang respon balas dari Parti Keadilan Rakyat apabila mereka memanggil satu sidang akhbar untuk menjawab kenyataan Shahrizat Jalil.

Hari ini bersamaan dengan 30 November 2011, Ahli Parlimen Ampang YB Hajjah Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Keadilan, Setiausaha Agung Keadilan, Yb Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang dan Saudara Rafizi Ramli iaitu Pengarah Strategi Keadilan akan mendedahkan bukti baru penyelewengan skandal lembu NFC.

Sidang akhbar ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang, antara lain dipercayai untuk mendedahkan bukti-bukti lain skandal lembu yang melibatkan suami dan anak-anak Shahrizat Jalil yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Untuk rekod, Shahrizat Jalil adalah Senator yang dilantik sebagai Menteri Penuh atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita Umno walaupun tewas mengejut di tangan Yb Nurul Izzah untuk kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum yang lalu.

Skandal lembu NFC ini bermula apabila National Feedlot Corporation Sdn Bhd milik keluarga Shahrizat Jalil yang mendapat pinjaman mudah kerajaan sebagai integrator projek fidlot kebangsaan, bernilai RM 250 juta didakwa menggunakan sebahagian dana itu untuk pembelian dua unit kondominium mewah One Menerung, di Bangsar

Berikut adalah bukti pengakuan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Salleh Ismail atas skandal lembu dan pembelian dua unit kondominium mewah yang dipetik dari Bernama

Pembelian itu dianggarkan sebanyak RM 13.8 juta dan juta dicatat sebagai hutang kepada NationalMeat & Livestock Corp iaitu syarikat yang turut dimiliki dan diuruskan oleh pengurusan tertinggi NFC. Jumlah hutang terkumpul NMLC pada tahun berakhir 31 Disember 2011 kepada NFC adalah bernilai RM 83 juta.

Skandal lembu ini disiasat oleh Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun sehingga dua puluh tahun.

KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang menarik. Terbaru, seorang MP Keadilan Datuk Johari Abdul menyanyi bersama dalam satu 'busking' bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".



Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, tidak kekok dan dengan sikap penuh sporting bersama-sama seniman yang datang sukarela menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.

Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi tersohor Indonesia. Kelompok besar yang bersama turut memberikan sokongan dan menyanyi bersama-sama sambil menghulurkan derma.

Sumbangan adalah untuk program "Hope 2 Walk" yang dijalankan bagi membantu adik Annisa dan adik An-Nur untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menerima pendidikan yang baik. Kedua anak istimewa ini hilang keupayaan untuk berjalan.



Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi penganjur di talian 012-2124414/013-2096373/013-2031355 yang dibuka 24 jam sehari. Penyumbang juga boleh menderma terus ke dalam Tabung Harapan Annisa dan An-Nur di nombor akaun Maybank 156114001424 milik bapa mereka, Mohd Affandi Bin Ramli.

Selain itu, boleh juga menyumbang terus ke nombor akaun Bank Islam 14229020019752 milik adik Annisa Bt Mohd Affandi. Setiap sumbangan adalah satu langkah harapan.

Layari www.hope2walk.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Hope-2-Walk untuk maklumat lanjut.
KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.



Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan dan sebagainya bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.

Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan beliau sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut, demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.

Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan. Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.

SEBUAH bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan.

Keluarga kanak-kanak di situ merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah.


"Kanak-kanak di sini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu.

Keluarga kanak-kanak di situ tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang.

Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu.

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan

Sumber: Kosmo
KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan.

Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul.


Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya.

Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu.

Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya.

SEGELINTIR perniagaan keluarga akan berakhir selepas satu atau dua generasi. Namun berlainan pula dengan sebuah perniagaan keluarga, RJ Balson and Sons yang berjaya mencipta sejarah tersendiri sejak tahun 1535.

Semasa Balsons memulakan perniagaannya menjual sausage dan daging babi, waktu itu Raja England, Henry VIII masih menduduki tahta. Saat itu persaingan daripada pelbagai pasaraya dan rangkaian kedai makanan segera begitu hebat.


Kini, selepas 476 tahun beroperasi dan melalui 25 generasi berusaha gigih membangunkan perniagaan, RJ Balsons and Sons telah dinobatkan sebagai perniagaan keluarga tertua di Britain.

Pengasas perniagaan itu, John Balson, memulakan perniagaan itu pada pertengahan awal abad ke 16 dengan sebuah gerai (stall) pasar secara kecil-kecilan

Namun hari ini, pelanggan sudah boleh membeli produk keluaran Balsons sehingga ke Amerika Syarikat secara online. Berikut gambar gerai mereka di awal waktu memulakan perniagaan.



Presmis mereka di Bridport menawarkan sekitar 20 jenis sausage termasuk, rusa, babi, burung unta dan itik juga lain-lain daging seperti pheasant dan guinea fowl

Premis tersebut sudah bertapak di situ sejak tahun 1880, dan terletak tidak berapa jauh dari tapak di mana pengasas asal perniagaan itu memulakan perniagaan gerai pasar, setahun sebelum Anne Boleyn dipancung.

Menurut Institusi Perniagaan Keluarga Britain, ini menjadikannya sebuah perniagaan tertua dan berterusan di United Kingdom.

Pemilik terkini syarikat itu, Don Balson yang meninggal dunia pada umur 88 baru-baru ini (tahun ini) pernah berkata "Cinta kepada kerja yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi, menjadi antara faktor utama kejayaan kami untuk bertahan".

Berikut sebuah dokumen bil transaksi perniagaan tertua yang masih berada dalam simpanan syarikat Balsons and Sons yang bertarikh 17 Julai 1897.

SELAMA bertahun-tahun, ramai pihak mempersoalkan adakah pengasas syarikat gergasi komputer Apple, Steve Jobs mendapat kelebihan tertentu dari pihak berkuasa Carlifornia? Atau beliau sengaja mencabar pihak berkuasa menahannya?

Ini kerana kereta Mercedes SL55 AMG berwarna silver milik mendiang Steve Jobs dilihat tidak memiliki nombor pendaftaran selama bertahun-tahun.


Bagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab. Satu temubual bersama bekas eksekutif keselamatan Apple mendedahkan bahawa satu "loophole" di bawah undang-undang Carlifornia membenarkan pemilik kenderaan baru untuk tidak memasang no pendaftaran kenderaan selama 6 bulan.

Justeru, Steve Jobs menggunakan kelebihan itu untuk menukar keretanya setiap kali sebelum tamat tempoh masa 6 bulan kepada kereta yang serupa. Steve Jobs gemar menukar keretanya kepada kereta baru dengan warna dan spesifikasi yang sama.

Maka tidak menjadi kesalahan baginya untuk memakai kereta yang tidak memiliki no pendaftaran selama bertahun-tahun. Tidak hairanlah seorang "billionaire" sepertinya mampu berbuat demikian.


Sumber: Yahoo News

SERIBU satu kaedah dan cara diusahakan oleh para pengusaha restoran makanan di dalam menarik perhatian para pelanggan menjamu selera di premis-premis mereka.

Lain ceritanya di Utara Cina, wilayah Shaanxi, seorang pengusaha makanan di sini menganjurkan pertunjukkan bikini sayur-sayuran sebagai taktik menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaan.

Salah seorang model wanita dalam pertunjukkan itu mengenakan bra yang diperbuat daripada kobis ungu dengan skirt sawi yang disusun kemas ala pakaian mandi.

Seorang lagi model wanita menjadikan lada merah sebagai perhiasan leher atau lebih tepat dijadikan kalung. Beliau mengenakan beberapa jenis sayuran termasuk sawi sebagai bra dan skirt.


Para pelanggan yang tertarik dengan persembahan tersebut tidak melepaskan peluang bergambar bersama model-model bikini sayuran yang dapat ditonton dengan mudah sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah yang enak.

Dilaporkan, ada pelanggan yang sanggup datang sejauh 300 km semata-mata untuk menyaksikan pertunjukkan bikini sayuran tersebut.

SELEPAS tiga minggu operasi pemburuan, seekor buaya air masin yang didakwa sepanjang 21 kaki (6.4 meter) berjaya ditangkap hidup-hidup sekaligus dinobatkan sebagai buaya paling besar pernah ditangkap di Filipina.

Buaya yang beratnya 2,369 pound (1,075 kg) itu disyaki telah menyerang beberapa penduduk setempat selain telah mengakibatkan kematian dua orang. Haiwan yang diberikan gelaran "Lolong" itu kini ditempatkan di sebuah kampung di daerah Consuelo, berhampiran Pekan Bunawan.

Berdasarkan Guinness Book of World Records, buaya paling panjang pernah dicatatkan dalam tangkapan manusia adalah sepanjang 17.97 kaki (5.48 meter) juga dinobatkan sebagai buaya paling besar pernah ditangkap oleh manusia.

Seorang penyelidik buaya, Allan Woodward mendakwa "tidak pernah wujud buaya lebih panjang dari 18 kaki (5.5 meter)" tambahnya "jika benar, ia satu penemuan baru".




Dakwaan yang mengatakan bahawa haiwan ini telah memakan manusia tidak dapat dipastikan kecuali ia harus dibunuh dan perutnya dibelah.

Bagaimanapun, penyelidik telah melakukan induksi yang menyebabkan ia muntah, namun tiada sebarang mayat atau serpihan daging manusia ditemui.

Tangkapan ini boleh disifatkan berjaya dengan hebat kerana tidak menyebabkan kematian haiwan pemangsa tersebut.

SEKUMPULAN tiga orang wanita berjaya dirakamkan saat mereka bertindak melekakan jurujual sebuah kedai menjual barang kemas.

Salah seorang dari mereka dilihat mencuri satu tray barang kemas berupa gelang yang bernilai £54,000 (RM 266,250) dengan cara memasukkannya ke dalam satu kocek rahsia di bawah bajunya.

CCTV yang terdapat dalam kedai emas Sunny Jewellers di Leicester, Britain itu menjadi bukti bagi mendakwa ketiga-tiga wanita Romania tersebut. Mereka terbukti saling bekerjasama untuk mencuri.


Dua daripada kumpulan wanita itu Saina Sava, 38, dan Sedra Niculescu, 28 dijatuhi hukuman penjara 16 bulan selepas mengaku bersalah kerana mencuri.

Bagaimanapun, seorang lagi wanita yang terlibat tidak dapat dikenal pasti sehingga kini. Malah barangan yang dicuri juga gagal ditemui semula.

Selepas mencuri, seorang lagi wanita (ke empat) dilaporkan telah berjaya melarikan hasil curian tersebut dan meninggalkan kawasan kejadian dengan sebuah kereta BMW 5 series.
Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    3 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays