SEORANG lelaki di Brazil yang terlalu ingin menjadi seperti watak fantasi 'superhero' The Incridible Hulk mengecat dirinya dengan warna hijau agar kelihatan serupa dengan watak filem tersebut.
Namun akhirnya lelaki itu terkejut apabila mendapati bahawa cat hijau yang mewarnai badannya itu tidak dapat dipadamkan meskipun sudah dicuci berulang kali.
Lelaki berusia 35 tahun itu akhirnya menyedari bahawa cat yang digunakan untuk mengecat badannya itu merupakan cat kekal yang biasa digunakan sebagai pewarna peluru berpandu dan kapal selam.
Menurut sebuah laman sesawang berita Brazil, extra.globo.com, Paulo yang juga bekerja sebagai seorang DJ telah pergi membeli cat jenama biasa digunakan untuk mengecat dirinya sebagai Hulk, namun kedai tersebut telah kehabisan stok.
Dalam masa yang singkat Poulo bagaikan selebriti kerana menjadi tumpuan pihak media tempatan yang membuat liputan terhadap kisah lucunya itu.