Garam daripada air mata manusia untuk dijual



PERCAYA atau tidak, beberapa jenis garam yang dibuat daripada air mata manusia kini boleh didapati di pasaran London.

Koleksi Hoxton Street Monster Supplies menawarkan produk garam yang dihasilkan daripada air mata manusia melalui emosi yang berbeza.

Ia dinamakan Salt Made From Tears.

Menurut laman sesawang rasmi www.monstersupplies.org, garam tersebut melalui proses "pendidihan yang perlahan kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki pengkristalan sebelum dipungut menggunakan tangan dan akhirnya melalui proses pengeringan".

Seorang jurucakap syarikat berkenaan menjelaskan bahawa garam-garam yang dihasilkan memiliki rasa yang berbeza.

Sumber ekstrak yang berasal daripada emosi yang berbeza seperti sedih, gembira, marah dan selsema menjelaskan perbezaan terhadap rasa yang dihasilkan oleh garam-garam tersebut.

Setiap balang garam dijual pada harga £7 (RM35).




Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda