• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label Berita Lucu. Show all posts
NIAT seorang pemilik kenderaan ala "flinstone" untuk memulakan pemanduan terpaksa dibatalkan kerana pihak berkuasa memutuskan kereta zaman batu miliknya itu tidak selamat untuk dipandu.



Menggunakan bingkai kayu dan alas tempat duduk berlapikkan corak harimau bintang, Sebastian Trager mereka bentuk kenderaan menyerupai kenderaan yang menggunakan kuasa tolakan kaki seperti di dalam rancangan TV popular "Flinstone".

Bagaimanapun, hasil modifikasi moden, kenderaan yang dicipta oleh jurutera Jerman itu tidak memerlukan kayuhan kaki kerana ia dilengkapi enjin 1.3 liter di dalam roda bahagian hadapan kenderaan.

Trager telah memohon lesen untuk memandu kereta zaman batu ciptaannya itu, namun pihak berkuasa Jerman memutuskan ia sebagai tidak selamat untuk berada di atas jalanraya.



"Kami telah meniru dengan teliti. Saya bekerja di dalam pembinaan kereta dan gemar dengan kereta, jadi saya tahu ia sangat selamat" jelas Trager.

"Tapi ketika kami terpaksa mengisi salah satu bahagian dalam borang pendaftaran berhubung jumlah lampu, cermin dan penyapu air, kami berputus asa kerana ia langsung tiada cermin"

"Kami membawanya untuk dipamerkan kepada orang ramai, nampaknya semua orang sukakannya"

Sumber: metro.co.uk


SIAPA sangka, rupa-rupanya kentut juga mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia.

Menurut satu kajian yang dijalankan di Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China, Hydrogen Sulfida yang terkandung di dalam kentut mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Namun para penyelidik masih belum dapat mengenal pasti berapa banyakkah dos kentut yang harus dimakan oleh seorang pesakit darah tinggi bagi menyembuhkannya.

Turut menjadi persoalan ialah, sama ada seseorang pesakit itu dapat menerima kaedah "makan kentut" ini sebagai satu bentuk rawatan.

Sebelum ini, satu kajian yang telah dibuat di Universiti Johns Hopkins menunjukkan, tekanan darah tinggi seekor tikus mampu dikawal menggunakan Hidrogen sulfida daripada kentut.

Namun kaedah ini belum lagi dibuat ujikaji ke atas manusia.

Ada ke sesiapa di sini yang sanggup menjadi Objek ujikaji ini?

Sumber: wantchinatimes.com


SEBUAH pasaraya yang baru dibuka di Süderlügum, sempadan Jerman-Denmark menawarkan barangan runcit percuma kepada 100 pelanggan pertama yang sanggup berbogel di pasaraya itu.

Tawaran itu membawa kepada kehadiran ratusan pelanggan yang sanggup menanggalkan pakaian mereka dan berbogel untuk mendapatkan barangan percuma seperti yang dijanjikan.



Malah para pelanggan juga dilaporkan telah berkhemah di depan pasaraya baru "Priss" itu dengan penuh harapan untuk menjadi di antara pelanggan bertuah yang dapat berbogel untuk menerima barangan runcit percuma seperti yang ditawarkan.

Pihak pasaraya menjanjikan sebakul penuh barangan runcit bernilai €270 (RM1076) kepada 100 pelanggan pertama yang berbogel di pasaraya itu sebagai gimik promosi hari pembukaannya yang pertama.

Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff begitu terharu dengan kejayaan gimiknya itu.

"Saya tak fikir akan ada seratus orang sanggup datang berbogel, saya kira hanya sekitar 10 orang sahaja" katanya.

Dilaporkan lebih dari 100 orang terpaksa dibenarkan masuk iaitu sekitar 20 kumpulan. Polis menganggarkan seramai 250 orang kebanyakannya warga Denmark yang mengambil peluang untuk mendapatkan alkohol percuma.

Inilah jadinya bila kebendaan dipandang lebih bernilai berbanding maruah diri. Semoga perkara begini tidak akan berlaku di negara kita.



Sumber: thelocal.de
PIHAK Polis di Stockholm, Sweden telah melancarkan satu gerakan mencari sebuah "teddy bear" yang hilang milik seorang kanak-kanak perempuan.




Sekeping gambar anak patung tersebut disiarkan di halaman Facebook selepas kanak-kanak perempuan yang dimaksudkan, Tyra Blomqvist mendapati "teddy bear" miliknya hilang di kepulauan Sweden dekat Kungsholmen.

Pihak Polis di Stockholm telah menyiarkan gambar teddy bear tersebut di halaman facebook rasmi Polis selepas salah seorang pegawainya menyedari poster yang ditulis oleh kanak-kanak perempuan itu.

Tyra di dalam posternya menunjukkan gambar teddy bear miliknya yang hilang dan menulis: "Penahkah anda ternampak teddy bear saya, saya tertinggal di Hantverksgatan pada 19 Jun"

Di bawah gambar poster tersebut, pihak polis menulis:

"Bersama-sama kita dengan cara menekan "like" pada gambar ini, menyebarkan link, dan membuka mata kita, kita akan berjaya menemukan Tyra dengan teddy bear kesayangannya kembali"

"Pastikan anda tinggalkan teddy bear tersebut di balai polis berhampiran supaya Tyra dapat bertemu sahabatnya kembali!"

Sumber: facebook.com
SERAMAI 44 ahli parlimen Zimbabwe berkhatan pada hari jumaat lalu sebagai sebahagian langkah di dalam kempen kesedaran tentang HIV/AIDS di negara itu.



Penyatuan politik yang jarang berlaku itu menyaksikan ahli parlimen kerajaan, daripada parti Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF dan parti pembangkang Perdana Menteri Morgan Tsvangirai, MDC berbual-bual dengan tenang sambil berbaris di sebuah klinik kecil yang didirikan di dalam komplek parlimen.

"Semasa mula-mula masuk saya rasa sedikit takut, tapi selepas mereka menjelaskan prosesnya saya rasa tenang" kata seorang ahli parlimen berusia 53 tahun daripada Parti Gerakan Perubahan Demokrasi (MDC) ketika sedang dikhatankan.

"Sekarang saya tidak rasa sebarang kesakitan. Malah saya boleh pergi menyertai sebuah perlawanan bola sepak" tambahnya lagi.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO menunjukkan bahawa berkhatan oleh lelaki, iaitu membuang sebahagian kulit luaran hujung zakar boleh mengurangkan risiko lelaki menghidapi HIV sehingga 60%.

Prosedur itu telah menjadi fokus utama negara-negara Afrika Selatan di dalam inisiatif mereka untuk menentang HIV.

Malah salah seorang ahli parlimen turut membenarkan jurugambar mengambil gambarnya ketika berbaring sambil mempamerkan kemaluannya yang dibaluti kain pembalut.

Zimbabwe merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar jangkitan HIV paling tinggi di dunia pada tahun 1990.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral.

Sumber: gulfnews.com
SEORANG lelaki di China memilih untuk mengikat motorsikalnya di atas sebuah basikal dan memboncengnya untuk pulang ke rumah kerana menyedari dirinya sudah mabuk kerana terlalu banyak minum arak.



Lelaki itu dikatakan mengambil terlalu banyak arak ketika makan tengahari lantas menyedari bahawa dia tidak boleh menunggang motorsikalnya untuk pulang ke rumah kerana ia melanggar undang-undang.

Dikatakan kerana enggan menanggung risiko disaman oleh pihak berkuasa, lelaki yang tidak dikenali itu memilih untuk menyewa sebuah basikal untuk digunakan bagi membonceng motorsikalnya pulang ke rumah.

Dengan mengikat motorsikalnya di belakang basikal, dia dengan tenang mengayuh basikal pulang ke rumah sambil mengimbangkan basikalnya yang ditunggangi secara terhuyung hayang.

Bagaimanapun, menunggang basikal dalam keadaan mabuk tidak melanggar undang-undang jalanraya di China.
MEMILIKI ganja merupakan kesalahan berat mengikut undang-undang Malaysia. Jika seseorang terbukti memiliki ganja dengan berat 500 g ke atas, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Berbeza dengan Uruguay, negara Amerika Latin itu bakal menjadi negara pertama di dunia di mana kerajaan akan menjual ganja kepada rakyatnya.

Tindakan itu dikatakan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan peningkatan kadar jenayah yang semakin meruncing.



Di bawah rancangan itu, hanya kerajaan dibenarkan untuk menjual ganja kepada golongan dewasa yang telah mendaftar di dalam pengkalan data kerajaan sekaligus membolehkan pihak kerajaan memantau pembelian ganja di kalangan rakyat.

Menteri pertahanan Uruguay, Eleuterio Fernandez Huidobro berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah negara dengan cara mengekang keuntungan yang diperolehi oleh pengedar dadah.

Selain itu langkah tersebut dijangka dapat mengelakkan pengguna daripada beralih kepada dadah yang lebih berat.

Akhbar tempatan melaporkan, duit cukai yang diperolehi daripada hasil jualan ganja itu nanti akan disalurkan kepada usaha memulihkan penagih dadah.

Tiada undang-undang menghalang penggunaan ganja di Uruguay. Pemilikan dadah untuk kegunaan sendiri juga bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

Media tempatan turut melaporkan, orang ramai yang mengambil ganja melebihi kadar yang ditetapkan akan melalui proses pemulihan ketagihan.



Sumber: Daily Mail
SEBUAH saluran TV telah memohon maaf selepas "cendawan raksasa misteri" yang dikatakan telah ditemui di bawah tanah sebenarnya adalah sejenis alat mainan seks.

Stesen 2 Xi'an City membuat permohonan maaf selepas beberapa penonton memberitahu kesilapan yang memalukan ini, sambil menyatakan "pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini".



Rancangan yang disiarkan Ahad lalu (17/6/2012) menunjukkan seorang wartawan berkumpul bersama sekumpulan penduduk kampung berhampiran sebuah baldi yang dipenuhi air bersama 'cendawan misteri' yang terapung di dalamnya.

Menurut seorang penduduk kampung yang bernama He, beliau telah menemui sesuatu yang pelik di dalam tanah.

"Saya telah membantu rakan untuk menggali telaga kira-kira sedalam 80 meter sebelum kami menemui objek pelik ini," menurutnya.

"Kami tidak tahu apakah ia, tetapi ia seolah-olah mempunyai mata dan hidung."

Wartawan itu telah menghuraikan objek itu adalah mirip cendawan lancar dengan salah satu hujungnya kelihatan seperti mulut manusia.

Seorang penduduk kampung menambah "Kami telah menemui dengan beberapa orang warga tua, ada di antara mereka berusia 80 tahun untuk merujuk apakah objek tersebut, tetapi mereka tidak pernah melihat objek seperti itu sebelum ini."

Selepas merujuk di dalam laman web berkaitan objek berwarna merah jambu ini, He mula merasakan ia adalah sejenis kulat yang dikenali sebagai lucid ganoderma.

Wartawan wanita muda ini kemudiannya berkata akan membawa cendawan ini kepada ahli botani untuk di analisis.

Walau bagaimanapun, beberapa penonton yang menonton rancangan ini dengan cepat mendapati bahawa objek misteri ini sebenarnya adalah faraj tiruan.

"Kejahilan ini sangat dahsyat. Bagaimana wartawan ini boleh tersilap menyangka alat mainan seks ini adalah sejenis kulat?" komen seorang penonton di dalam microblog Weibo.

"Saya memiliki sebuah kedai mainan seks dan objek ini adalah sama seperti faraj tiruan yang saya jual setiap hari," kata seorang penonton lain di Tianya.cn.

Stesen 2 telah mengakui kesilapan tersebut di laman web mereka semalam.

"Kami memohon maaf di atas kesilapan dari liputan berita pada hari Ahad lepas. Insiden ini telah menarik perhatian awam dan komen," katanya.

"Kami memohon maaf jika menyebabkan ketidakselesaan kepada penonton kerana pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini."

Sumber: pulakdah.blogspot.com
SUDAH bertahun-tahun C'sar, seekor gajah Afrika mengalami masaalah penglihatan. Pada 2010 yang lalu pekerja di sebuah Zoo Utara Carolina, Amerika Syarikat menyedari bahawa kanta mata gajah berusia 38 tahun itu semakin kabur.



Ia dilihat tertekan melalui kehidupan sehari-hari malah beratnya beransur-ansur menurun dan kini ia dilaporkan sudah kehilangan 1,000 pounds sehingga menampakkan tulang-temulang di bahagian bahunya.

C'sar sebelum ini pernah melalui pembedahan katarak, hasilnya berat badannya meningkat namun selepas kanta semulajadi daripada kedua-dua matanya dibuang, binatang berkulit tebal (pachyderm) hanya mampu melihat objek yang jauh.

Untuk menambahbaik penglihatannya, para petugas zoo North Carolina State University's College of Veterinary Medicine membuat keputusan untuk memasang kanta pembetul (contact-lense) ke atas haiwan itu.

Ini menjadikan C'sar sebagai gajah pertama dijadikan ujikaji terhadap prosedur tersebut.

Richard McMullen, seorang pembantu professor di universiti tersebut yang telah melakukan pembedahan sebelum ini mendakwa contact-lense yang dipasang akan meningkatkan kesihatan C'sar.

Meskipun C'sar sudah dilatih untuk memudahkan tugas meletakkan penitis mata, tugas rutin bagi menukar kanta matanya setiap tiga bulan dilihat akan menjadi satu tugas yang sukar.

Sumber: huffingtonpost.com
SENAMAN yoga dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan mengekalkan kesihatan badan, namun lain ceritanya di sebuah kelab yoga di Bombay apabila ia diarahkan menghentikan sesi senaman Yoga Ketawa pada waktu pagi selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada penduduk setempat.

LUCU inilah keadaan ketika anggota Polis sedang melakukan senaman Yoga Ketawa


Mahkamah Tinggi Bombay mengarahkan polis supaya menghentikan sesi berkenaan selepas seorang warga emas berusia 78 tahun mengadu senaman Yoga Ketawa itu menyebabkannya mengalami tekanan mental, selain mengganggu penduduk di kawasan kejiranan berkenaan.

"Adalah tidak wajar untuk kumpulan senaman tersebut berhimpun di luar rumah seseorang dan ketawa berdekah-dekah," kata panel hakim selepas mendengar petisyen yang dikemukakan oleh Vinayak Shirsat yang menetap di Kurla, pinggir bandar raya ini.

Menurut petisyen berkenaan, terdapat 10 hingga 15 ahli kumpulan tersebut berkumpul pada pukul 7 pagi untuk menyanyi, bertepuk tangan dan ketawa dengan kuat.

"Mereka ketawa sekuat hati, setiap ahli kumpulan senaman itu digalakkan ketawa sekuat yang boleh," kata Shirsat dalam aduannya.

Yoga ketawa dipopularkan sebagai rutin senaman oleh seorang doktor perubatan India, Madan Kataria pada 1995.

Sumber: Kosmo




SEORANG ketua polis Pakistan semalam telah mengarahkan 175,000 anggotanya yang berperut buncit agar mengamalkan diet atau berhenti daripada tugas-tugas barisan hadapan yang mana disifatkan akhbar-akhbar tempatan sebagai 'perjuangan memerangi perut buncit'.

Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.

"Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?" kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.

Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.

Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.

Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu buncit dan gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.

"Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus," kata jurucakap tersebut

Sumber: AFP

KEBAB gergasi seberat kira-kira satu tan yang diperbuat daripada tujuh ekor lembu di Turkey, berjaya dinobatkan secara rasminya oleh Guinness World Record sebagai Kebab paling besar di dunia.



Selonggok daging yang membukit dengan berat 1,198kg dan diukur setinggi 2.5m itu, dicatatkan sebagai rekod dunia pada hari selasa lalu secara rasmi sebagai Kebab paling besar di dunia.

Ia memerlukan sepuluh tukang masak dan terpaksa diangkat beransur-ansur menggunakan crane pengangkut untuk diukur dan ditimbang secara rasmi.

Saiz dan berat kebab gergasi itu dilaporkan berjaya memecahkan rekod sekali ganda berbanding saiz kebab yang pernah mencipta rekod dunia sebelum ini di Australia pada tahun 2004.




Sumber: Sodelicio.Us
GAMBAR seekor buaya yang sedang mengunyah kasut jenama Croc menjadi topik hangat di internet apabila ia dimuat naik di beberapa laman sesawang dan forum terkenal.

Buaya itu dikatakan mengunyah kasut tersebut selama lebih 30 minit sebelum dikatakan berputus asa dan meludahkannya. Kasut tersebut dipercayai begitu liat dan tidak mampu ditelan.



Kejadian lucu itu dirakam oleh Phil Lanoue melalui kamera miliknya di kawasan paya garam, Pantai Huntington State Park, Selatan Carolina selepas beliau menyedari sekumpulan orang ramai menyaksikan sesuatu di dalam tasik.

Pada awalnya dia menyangka buaya tersebut sedang memakan ketam-ketam kecil di kawasan itu.

Lelaki berusia 58 tahun itu berkata, "Saya memberhentikan kereta dan bertanya kepada beberapa orang di situ mengenai apa yang dimakan oleh buaya itu"

"Apabila mereka kata itu kasut, serta merta saya mencapai kamera untuk mengambil gambar"

"Kami semua berasa lucu apabila menyedari bahawa buaya itu sedang mengunyah kasut jenama Croc" tambahnya lagi.



TIGA orang buruh binaan telah dipecat selepas didapati menyiarkan di Facebook, gambar seluar jeans bersaiz besar milik salah seorang tuan rumah tempat mereka bekerja.

Salah seorang daripada mereka memberikan ulasan "Inilah manusia paling gemuk pernah saya lihat sepanjang hidup saya" di bawah gambar yang mereka siarkan.

Gambar itu bagaimanapun telah dipadam daripada laman sosial terkenal itu hasil daripada aduan yang diterima oleh pihak pengurusan Facebook.




Penduduk yang enggan dikenali berkata, dia merasa kecewa dengan kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Maesgerchen estate, di Bangor, North Wales.

Pemilik seluar bersaiz besar itu dikatakan merasa tertekan akibat tindakan tidak bertanggung jawab yang dilakukan ke atasnya itu.

Ketiga-tiga pekerja yang dipecat itu, yang tidak didedahkan namanya merupakan pekerja subkontrak Cartrefi Cymunedol Gwynedd yang menjalankan projek pengubahsuaian 165 rumah melibatkan kos £4 Juta (RM19.7 Juta).


SEORANG lelaki di China menerima hukuman 12 bulan penjara kerana memandu dengan membiarkan seorang anggota polis tergantung di atas penutup enjin kereta keretanya di bahagian hadapan.

Lelaki itu dilaporkan enggan berhenti ketika dua orang polis menahannya di salah sebuah pintu keluar masuk di Bandar Xuancheng timur China.

Ketika ditahan oleh pihak polis kerana kenderaan yang dipandunya tidak mempunyai nombor pendaftaran, dia enggan keluar dari kenderaan, malah terus memandu tanpa mempedulikan seorang anggota polis yang berada di depan keretanya.

Akibatnya, polis tersebut terpaksa melompat dan bergayut di hadapan kereta tersebut bagi mengelakkan dirinya daripada dilanggar lantas dibawa bersama dalam keadaan tergantung oleh kereta yang memecut untuk melarikan diri.

Anggota Polis itu tergantung sejauh kira-kira 200 meter sebelum kenderaan itu disekat oleh anggota Polis yang lain ketika ianya dipandu memasuki lebuhraya.

Pemandu berbahaya itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan dipercayai terlibat dengan kes rompakan. Dia dilaporkan sengaja tidak memasang nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan daripada dikenali.



SEORANG lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya.Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.

Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.


Sejak Guirola menjual rumahnya di Ciego de Avila dan berpindah ke Havana pada November lalu, pemandangan ganjil dia mengayuh basikal sekeliling bandar setinggi rumah dua tingkat itu sudah menjadi kebiasaan.

Namun jiran-jiran tetap menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagatnya manakala para pelancong yang terlihat sudah tentu tidak melepaskan peluang menangkap gambar.

"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.

Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.

Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) malah dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.

Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.

Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004.
SEKUMPULAN babi-babi yang bertuah di negara China, menikmati hidup yang selesa tinggal dalam villa mewah malah diberikan alat permainan agar ia dapat hidup dengan selesa dan bahagia.

Langkah itu diambil oleh kerajaan China bagi menghasilkan babi-babi yang berkualiti sekaligus bakal mendapatkan rasa daging babi yang enak.



Para penasihat kerajaan mengambil langkah drastik itu selepas mendapati bahawa babi-babi yang bahagia bermaksud ia lebih sihat dan juga memiliki kualiti daging yang lebih baik.

Terbiasa tinggal di dalam kandang babi biasa, babi-babi ini mudah digembirakan di dalam persekitaran yang baru di Weiji, Suining yang kini dinobatkan sebagai perkampungan babi pertama di China.

Enam ratus ekor babi-babi itu juga diberikan permainan serta dibenarkan berkeliaran di dalam hutan setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Meskipun mendapat kritikan hebat pada awalnya terhadap pemindahan babi-babi ini daripada persekitaran kandang babi biasa kepada villa mewah, seorang pegawai pertanian, Hu Juchun percaya ramai pihak kini sudah dapat menerimanya.

"Persekitaran yang baik akan memberikan babi perasaan yang baik serta mengekalkan kesihatannya, secara rasionalnya, dagingnya juga akan menjadi lebih baik" katanya.

"Selain daging babi yang baik, kita boleh menjana pendapatan daripada pelancong yang datang untuk melihat perkampungan babi. Babi adalah haiwan yang bijak, ia bukan jenis yang boleh dikurung sepanjang masa di dalam kandang yang sempit"

Tambah Hu Juchun lagi, mereka kini merancang untuk menambah lebih 2,500 lagi perkampungan babi seperti ini di atas 2,000 hektar hutan yang diperuntukan untuk projek tersebut.
PELIK tapi benar, lagu yang penuh keriangan di dalam rancangan terkenal kanak-kanak, Sesame Street, dipasang sepanjang hari selama berhari-hari untuk menyeksa banduan yang ditahan di Guantanamao Bay lapor Daily Mail.

Sebuah dokumentari oleh Al Jazeera mendakwa pada tahun 2008, sebuah pengkalan tentera laut di Cuba pernah memperdengarkan lagu berentak berat seperti Metallica ‘Enter Sandman’ dan Drowning Pool ‘Bodies’

Menurut laporan itu, lagu kanak-kanak telah disalah gunakan untuk tujuan yang tidak berperikemanusiaan, di mana lagu program popular kanak-kanak diperdengarkan berulang kali di gegendang para banduan.



Christopher Cerf yang terlibat di dalam penyusunan irama Sesame Street selama bertahun-tahun terkejut apabila mengetahui bahawa alunan muziknya yang dicipta untuk tujuan baik telah digunakan sebagai satu bentuk seksaan.

Mengulas berkenaan dokumentari terbitan Aljazeera itu beliau berkata: "Reaksi pertama saya adalah ini tak mungkin sesuatu yang benar, ia sangat gila, ia betul-betul tak masuk akal."

"Saya betul-betul tak dapat terima bahawa saya telah membantu untuk menyeksa banduan, tambah lebih buruk bila saya kemudiannya mengetahui bahawa mereka menggunakan muzik itu di Guantanamao sebagai seksaan yang lebih mendalam untuk mengenakan kesakitan jangka panjang kepada banduan agar mereka membuka mulut."




Sumber: [Daily Mail]




AKTIVIS wanita separuh bogel (topless) melakukan bantahan terhadap eksploitasi wanita di dalam industri seks Ukrain sempena Euro 2012 sebaik sahaja maskot temasya sukan berprestij itu diumumkan.

Mereka menceroboh dataran Kemerdekaan Kiev di mana pihak polis terpaksa mengheret mereka dari maskot Euro 2012 yang memaparkan imej kartun yang dihasilkan daripada susunan bunga yang berwarna warni.




Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Femen itu melancarkan protes sejak beberapa minggu lalu tehadap temasya sukan yang didakwa mereka akan menggalakkan "sex tourism"

Mereka sempat meragut trofi Euro 2012 sebelum dirampas semula oleh pihak pengawal yang terpaksa bergelut untuk mendapatkannya.

Minggu lalu, salah seorang peserta protes, Oleksandra Shevchenko berkata: "Kami tahu apa yang disukai oleh lelaki - mereka mahukan beer untuk menonton bola kemudian minda mereka akan cenderung kepada seks".

"Kami mahu pastikan mereka dapat menerima mesej bahawa wanita Ukrain bukan objek seks dan Ukrain bukanlah rumah pelacuran."

Ukrain merupakan penganjur bersama temasya Euro 2012 bersama Poland yang akan bermula pada bulan hadapan.

Pakar menganggarkan kira-kira 30% pelacur di Kiev menghidap HIV positif.


SEORANG lelaki di Brazil yang terlalu ingin menjadi seperti watak fantasi 'superhero' The Incridible Hulk mengecat dirinya dengan warna hijau agar kelihatan serupa dengan watak filem tersebut.

Namun akhirnya lelaki itu terkejut apabila mendapati bahawa cat hijau yang mewarnai badannya itu tidak dapat dipadamkan meskipun sudah dicuci berulang kali.



Lelaki berusia 35 tahun itu akhirnya menyedari bahawa cat yang digunakan untuk mengecat badannya itu merupakan cat kekal yang biasa digunakan sebagai pewarna peluru berpandu dan kapal selam.

Menurut sebuah laman sesawang berita Brazil, extra.globo.com, Paulo yang juga bekerja sebagai seorang DJ telah pergi membeli cat jenama biasa digunakan untuk mengecat dirinya sebagai Hulk, namun kedai tersebut telah kehabisan stok.

Dalam masa yang singkat Poulo bagaikan selebriti kerana menjadi tumpuan pihak media tempatan yang membuat liputan terhadap kisah lucunya itu.
Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    3 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays