Wanita Terpendek Di Dunia Sebesar Bayi Empat Bulan



Jyoti Amge..18 tahun

Seorang pelajar berbangsa India yang berasal dari Nagpur, India yang berketinggian hanya 62.8 sentimeter (kurang daripada dua kaki, satu inci) telah disahkan sebagai seorang wanita hidup terpendek di dunia dan dianugerahkan Rekod Dunia Guinness hari ini.

Jyoti Amge mengambil anugerah itu sempena menyambut ulang tahun ke 18 dengan keluarga dan rakan-rakan di bandar Nagpur, kira-kira 520 kilometer (320 batu) dari timur Mumbai di barat India.

Seorang pengadil rasmi untuk Guinness World Records, Rob Molloy berkata kepada kepada AFP: "Dia berketinggian hanya 62.8 sentimeter. Ketinggiannya diukur sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam terakhir kerana ketinggian boleh berbeza-beza sedikit mengikut masa dalam sehari.

"Seorang doktor mengukur ketinggiannya sebanyak tiga kali pada waktu yang berbeza-beza dengan kehadiran kami sebagai saksi, dalam dua posisi secara berdiri dan berbaring. Kami mengambil purata dari ketiga-tiga ukuran. "

Amge, yang kini dikenali sebagai remaja terpendek di dunia, menangis kegembiraan ketika menerima anugerah itu sambil diperhatikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Pengadil Rekod Dunia Guinness, Rob Molloy bercakap dengan Jyoti Amge
Remaja yang menerima anugerah itu dalam pakaian tradisional India iaitu sari, berkata: "Saya sangat gembira mendapatkan rekod ini."

Molloy berkata beliau berbesar hati menyaksikan rekod ini dicatatkan kerana ia merupakan satu simbolik dan salah satu anugerah popular.


"Saya bekerja di Guinness World Records selama lapan tahun, dan saya berasa cukup berbangga kerana diberi amanat untuk menyelia penganugerahan ini."tambah Molloy lagi.

Amge, mempunyai genetik "dwarfism" atau kekerdilan yang dipanggil achondroplasia menyebabkan pertumbuhan terbantut dan terhad kepada ketinggian purata bayi perempuan berusia empat bulan.

"Dia pernah menyatakan harapan untuk menjadi pelakon Bollywood," kata ayahnya.

"Pemegang rekod terdahulu wanita hidup yang terpendek di dunia adalah Bridgette Jordan yang berketinggian 69.49 centimtre(dua kaki, tiga inci) yang berasal dari bandar Illinois Amerika Syarikat," kata Molloy.

Bridgette Jordon..Pemegang Rekod Guiness sebelum Jyoti



Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda