India Mencipta Robot Askar Untuk Tujuan Peperangan





SAINTIS India di Chennai kini sibuk membangunkan robot yang boleh berfungsi sebagai askar untuk pertahanan.

Ketua Organisasi Bahagian Penyelidikan Pertahanan Dan Pembangunan India (DRDO), Vijay Kumar Isnin lalu berkata: "Kami sedang berusaha untuk mewujudkan askar robot yang boleh berfungsi seperti manusia."

Memetik kata-kata Vijay Kumar Saraswat kepada pemberita Akhbar Trust Of India (PTI) : "Untuk mencipta robot itu memerlukan pengkalan data, tahap kecekapan buatan untuk askar-askar itu melaksanakan tugas-tugas dan juga perancangan teliti dari Organisasi Penyelidikan Pertahanan Dan Pembangunan India (DRDO) dalam menyempurnakan penciptaan robot itu,"

Beliau juga berkata bahawa Organisasi Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan bersama pegawai penyelidik Kementerian Pertahanan Negara merancang untuk membuat robot itu untuk mengangkut kargo di kaki gunung, dan robot itu akan dapat menggantikan sumber manusia dalam tentera negara.

Ciptaan terdahulu DRDO, Daksh telah meniru teknologi elektronik pengendalian robot kenderaan, dimana ia telah diguna pakai oleh tentera India. Angkatan tentera negara India itu memesan 20 kenderaan dari Organisasi Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan (DRDO) pada tahun 2010. - BERNAMA

Sumber: My News Hub


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda