Enam Terbunuh Dan 123 Orang tercedera Di Dalam Serangan Bom Tangan






Enam orang mati dan 123 orang dilaporkan cedera apabila seorang lelaki bersenjata membaling bom tangan dan melepaskan tembakan kearah ke orang ramai yang sedang membeli belah di pasar Krismas di Liege, Belgium.

Pembeli yang sebilangan besar terdiri daripada kanak-kanak berlari bertempiaran apabila lelaki bersenjata, yang dikenali dalam dunia jenayah sebagai Nordine Amrani, 33, melepaskan tembakan.

Mereka yang dilaporkan terbunuh termasuklah seorang kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati ketika dirawat dihospital. Mangsa-mangsa lain termasuklah seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun, seorang gadis yang berusia 17 tahun, seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita berusia 75 tahun.

Sumber dari pihak polis berkata bahawa penjenayah itu merupakan bekas banduan yang pernah disabitkan dalam kesalahan salah laku seks dan pengedar dadah yang baru dibebaskan dari penjara.



Mereka yang berada ditempat kejadian melarikan diri ke jalan-jalan besar di pusat bandar dan ada yang kelihatan masih membawa beg membeli-belah ketika ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

Berdasarkan laporan,penjenayah itu dikatakan menggunakan senapang automatik FN FAL, sejenis senapang keluaran Belgium yang mampu menembak 700 pusingan seminit, pistol dan melontar tiga bom dalam serangan itu.

Pada mulanya, ada sumber mengatakan serangan itu melibatkan tiga orang , tetapi kemudian disangkal oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang kemudiannya mengesahkan hanya seorang yang terlibat, sambil menambah insiden itu tiada kaitan dengan serangan pemberontak.

Amrani dikatakan terbunuh ketika menyerang orang ramai berhampiran perhentian bas di Place Saint Lambert, pusat membeli-belah yang merupakan tapak pasar Krismas bandar. Ia tidak jelas sama ada beliau membunuh diri atau mati tidak sengaja ketika berbalas tembakan dengan polis.



Seorang wartawan tempatan Liege La Meuse, Gaspard Grosjean, berlari ke dataran sejurus selepas serangan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari. Dia melaporkan,"Kami melihat orang-orang yang luka terkena peluru di bahu mereka, tangan mereka dan melihat mayat-mayat bergelimpangan. Ada yang masih kelihatan benar-benar ketakutan, menangis, dan ada yang sedang bercakap di telefon."

Radio penyiaran Belge francophone berkata semasa serangan, semua bas telah diminta untuk meninggalkan pusat bandar dan semua kedai-kedai di kawasan itu telah ditutup, dan ada beberapa orang pelanggan yang masih terkandas di dalam.

Pasukan polis bersama holikopter berpusing-pusing di atas bandar itu untuk memastikan keadaan terkawal manakala pasukan penyelamat tambahan di minta datang dari Netherlands. Khemah Perubatan sementara didirikan di halaman istana Prince Bishops (rumah mahkamah) yang terletak berdekatan lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang tercedera.

Sumber: Daily Mail

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda