SEORANG pemburu sarang burung yang mempunyai obsesi kepada telur burung dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana mengancam spesis burung yang hampir pupus di Britain.
Beberapa orang anggota polis bersama pegawai penyiasat RSPB yang menyerbu rumah Matthew Gonshaw menemui 700 biji telur, termasuk dari spesis yang paling terancam di negara ini.
Matthew Gonshaw menjadi ancaman kepada hidupan liar
Matthew Gonshaw yang berumur 49 tahun pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali bagi kesalahan yang sama termasuk mencuri lima biji telur helang emas dari sarang burung di Scotland dan dua belas biji telur avocet dari Essex.
Telur yang jarang ditemui yang terdapat didalam simpanannya termasuk tujuh biji telur helang emas, lapan biji telur osprey, dua belas biji telur avocet, tiga biji telur peregrine, tiga biji telur burung layang-layang merah, dan dua belas biji telur dari spesies terlindung yang lain.
Pegawai itu juga menemui pakaian 'camouflaged', peralatan mendaki dan peta lokasi yang menyalahi undang-undang yang memberi petunjuk lokasi sarang-sarang burung itu berada ketika menyerbu tempat tinggal Matthew.
PC Stephen Rodgers, seorang anggota polis metropolitan yang bertugas di unit jenayah hidupan liar berkata: "Inilah salah satu kes yang paling serius yang saya kendalikan dan hasil penyiasatan mendapati tindakan Gonshaw ini secara langsung menjejaskan hidupan liar di Britain kerana obsesinya mengumpul telur mengancam beberapa spesies yang jarang ditemui dan amat berharga."
Gonshaw, dari Bow, timur London, mengakui bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Thames.
Sumber: The Sun