SATU kaji selidik oleh Reuters mendapati pelabur-pelabur menjadi yakin terhadap dolar Singapura dan ringgit Malaysia.
Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.
Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lepas manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama.
"Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.
Dalam minggu ini, ringgit dan dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.
Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.
Euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding dolar AS Jumaat minggu ini.
Sementara itu, ringgit susut pada Jumaat, apabila pelabur mengambil untung setelah sentimen menjadi berhati-hati berikutan krisis hutang zon euro itu.
Secara perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik mendadak berbanding dolar AS kepada 3.1490/1520 daripada 3.1670/1700 Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4335/4368 daripada 2.4350/4373.
Bagaimanapun, unit tempatan itu turun berbanding yen kepada 4.0817/0871 daripada 4.0796/0845 minggu lepas.
Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 4.8838/8897 daripada 4.8807/8862 Jumaat lepas tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.0326/0377 daripada 4.0911/0960.
Sumber: Berita Harian
Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.
Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lepas manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama.
"Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.
Dalam minggu ini, ringgit dan dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.
Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.
Euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding dolar AS Jumaat minggu ini.
Sementara itu, ringgit susut pada Jumaat, apabila pelabur mengambil untung setelah sentimen menjadi berhati-hati berikutan krisis hutang zon euro itu.
Secara perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik mendadak berbanding dolar AS kepada 3.1490/1520 daripada 3.1670/1700 Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4335/4368 daripada 2.4350/4373.
Bagaimanapun, unit tempatan itu turun berbanding yen kepada 4.0817/0871 daripada 4.0796/0845 minggu lepas.
Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 4.8838/8897 daripada 4.8807/8862 Jumaat lepas tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.0326/0377 daripada 4.0911/0960.
Sumber: Berita Harian

SEORANG wanita yang terkenal dengan gelaran pembunuh vampire lesbian di Australia yang telah menikam seorang lelaki sehingga mati dan meminum darahnya, dijangka akan dibebaskan dari penjara dalam masa beberapa minggu selepas keputusan lembaga parol memutuskan untuk membebaskannya.
Tracey Wigginton telah di penjara sejak tahun 1991, menerima hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan pembunuhan yang mendapat liputan meluas pada tahun 1989, Dia dihukum atas tuduhan memmbunuh wakil majlis pekerja Brisbane, Edward Baldock, 47 tahun.
Pada malam kejadian, Wigginton bersama-sama dengan tiga wanita lain yang salah seorang darinya merupakan kekasih sejenisnya ketika itu, memancing Baldock masuk ke dalam kereta berhampiran kelab pelayaran selatan Brisbane, dengan menjanjikan layanan seks. Ketiaka lelaki itu berada bersama mereka didalam kenderaan, Wigginton menikam lelaki itu dengan kasar sebanyak 27 kali hingga hampir memutuskan lehernya.
Selepas pembunuhan itu, Wigginton meminum darahnya.

Ahli Majlis Pekerja Brisbane, Edward Baldock ditikam 27 kali
Wigginton kehilangan tawaran parol pada awal tahun 2010 tetapi "Corrective Service Minister", Neil Roberts berkata: "lembaga parol menimbangkan untuk memberikan peluang untuk dia membuat permohonan parol sekali lagi".
Dia telah layak untuk mengemukakan parol sejak tahun 2002, tetapi tiap-tiap permohonan parolnya telah ditolak.
Paling terkini, dia membuat parol pada tahun 2010 telah tidak diterima walaupun hujah peguambela mengatakan bahawa dia tidak akan dapat mencederakan sesiapa lagi jika dibebaskan kerana dia mengalami sakit belakang yang kronik dan melemahkan pergerakannya, kecederaan lutut dan memerlukan tongkat untk membantu pergerakannya.
Pada tahun 2007, pembunuh yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah Agung itu diklasifikasikannya sebagai banduan berprofil tinggi selepas beliau dipindahkan dari ladang penjara Numinbah kembali ke Pusat Tahanan Wanita Brisbane kerana didakwa menyerang seorang banduan dan pengawal penjara pada tahun 2006.
Sumber: Daily Chilli

SAINTIS India di Chennai kini sibuk membangunkan robot yang boleh berfungsi sebagai askar untuk pertahanan.
Ketua Organisasi Bahagian Penyelidikan Pertahanan Dan Pembangunan India (DRDO), Vijay Kumar Isnin lalu berkata: "Kami sedang berusaha untuk mewujudkan askar robot yang boleh berfungsi seperti manusia."
Memetik kata-kata Vijay Kumar Saraswat kepada pemberita Akhbar Trust Of India (PTI) : "Untuk mencipta robot itu memerlukan pengkalan data, tahap kecekapan buatan untuk askar-askar itu melaksanakan tugas-tugas dan juga perancangan teliti dari Organisasi Penyelidikan Pertahanan Dan Pembangunan India (DRDO) dalam menyempurnakan penciptaan robot itu,"
Beliau juga berkata bahawa Organisasi Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan bersama pegawai penyelidik Kementerian Pertahanan Negara merancang untuk membuat robot itu untuk mengangkut kargo di kaki gunung, dan robot itu akan dapat menggantikan sumber manusia dalam tentera negara.
Ciptaan terdahulu DRDO, Daksh telah meniru teknologi elektronik pengendalian robot kenderaan, dimana ia telah diguna pakai oleh tentera India. Angkatan tentera negara India itu memesan 20 kenderaan dari Organisasi Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan (DRDO) pada tahun 2010. - BERNAMA
Sumber: My News Hub

Syarikat terkemuka BlackBerry Smartphone berhadapan kontroversi selepas dikesan mempunyai teknologi yang membolehkan pengguna mengakses dan memuat turut rakaman seks yang menyalahi undang-undang di internet termasuk pornografi yang melibatkan kanak-kanak.
Sejak musim panas, BlackBerry gagal untuk menyediakan blok internet yang melindungi pengguna, termasuk kanak-kanak, daripada mengakses senarai laman web yang diharamkan.
Berita ini memberi amaran kepada ibu bapa memandangkan sebahagian besar pengguna daripada lapan juta pengguna BlackBerry di United Kingdom adalah remaja.

Kanak-kanak perlu pengawasan ibu bapa ketika melayari internet
Malam tadi, Pengurus telekom, Ofcom berkata ia adalah sesuatu isu yang amat membimbangkan dan perlu di beri perhatian dan komunikasi terus kepada pihak Research In Motion (RIM) Kanada, pemilik BlackBerry, telah dilakukan dengan pantas untuk mencari penyelesaian masalah ini dengan kadar segera kerana semua pengendali telefon mudah alih di Britain mendaftar kod amalan yang membolehkan mereka memohon blok akses ke laman-laman seks di internet.
Seorang jurucakap bagi Random In Motion(RIM) berkata: "Kita akan mempunyai penyelesaian yang akan menyekat akses kepada laman-laman yang terlarang ini selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2001."
Seorang jurucakap untuk Eksploitasi Kanak-kanak dan Pusat Perlindungan Atas Talian (Online) berkata' "Semua pembekal perkhidmatan mempunyai tanggungjawab untuk membantu melindungi persekitaran dalam talian dan menutup apa-apa peluang melakukan kesalahan undang-undang internet seperti mengakses laman web lucah.""Jika mereka tidak berbuat demikian, ini akan menjadi satu perkara yang membimbangkan," tambahnya lagi.
Sumber: Daily Mail
SETIAUSAHA luar Britain, William Hague memberi amaran Iran akan menghadapi "akibat yang serius" selepas penunjuk perasaan menawan enam kakitangan kedutaan British sebagai tebusan dalam serangan ke atas 2 bangunan diplomatik di Tehran.
Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar bertindak memecahkan tingkap serta melontarkan bom petrol sebelum membakar bendera British sebagai protes terhadap sekatan yang dikenakan oleh Britain.
Britain hari ini mengeluarkan kenyataan marah terhadap serangan ke atas kedutaannya, sementara White House mengecam serangan itu.
Perdana Menteri Britain, David Cameron mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa keselamatan Cobra negaranya hari ini.
Hague berkata Iran telah melanggar Konvensyen Vienna yang harus memberikan perlindungan kepada para diplomat.

Setiausaha Luar Britain itu menambah: "Kerajaan Iran harus bertanggung jawab di atas kegagalannya untuk mengambil langkah-langkah secukupnya bagi melindungi duta kami sedangkan ia harus berbuat demikian".
Kerajaan Iran telah diminta untuk mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan keselamatan kakitangan kedutaan di kedua-dua bagunan melalui Menteri Luar Iran.
Menteri Luar Iran dilaporkan memohon maaf di atas apa yang terjadi dan berjanji akan mengambil langkah yang sepatutnya, namun pihak Britain tetap menganggap ia sebagai satu kegagalan serius Kerajaan Iran.
Rakyat Britain telah mendapat amaran agar tidak melancong ke Iran kecuali atas hal yang mustahak manakala sebilangan kecil yang berada di Iran telah diarahkan agar tidak keluar rumah.
Serangan terhadap dua bangunan kedutaan hari ini menyaksikan 6 kakitangan kedutaan dijadikan tebusan. Namun mereka kemudiannya dibebaskan dengan bantuan polis.




Di luar tembok kedutaan itu, beratus-ratus penunjuk perasaan lain dilihat berkumpul, ada di antara mereka yang berteriak berulang-ulang "kematian untuk Britain" dan meminta duta Britain meninggalkan negara itu secepat mungkin.
Tunjuk perasaan itu berlangsung sehari selepas Iran meluluskan undang-undang menyingkirkan duta itu dalam tempoh dua minggu sebagai tindakan balas terhadap sekatan baru oleh Britain yang menamatkan segala perjanjian dengan sektor kewangan Iran.
Britain mengugut untuk bertindak tegas jika Kementerian Luar Negara Iran mengusir duta mereka, Dominick Chilcott yang baru saja memegang jawatan tersebut bulan lalu.
Semasa sesi Parlimen di Teheran pada Ahad lalu, seorang penggubal undang-undang memberi amaran rakyat Iran yang marah terhadap sekatan itu berkemungkinan akan menyerbu Kedutaan British seperti yang pernah dilakukan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat pada 1979.
Sejak itu, kerajaan AS tidak membuka pejabat perwakilan setelah kejadian 1979 itu menyaksikan 52 diplomat ditawan sebagai tebusan selama 444 hari.
Iran telah berulang-kali menafikan program nuklearnya memiliki tujuan ketenteraan dan menyifatkan laporan oleh pemantau nuklear PBB mengatakan Iran membina bom atom sebagai tidak berasas.
DILIHAT kerana tidak berpuas hati akibat kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Harimau Muda malam tadi, individu yang dipercayai penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Indonesia bertindak menggodam laman web Malaysia.
Laman web harianmalaysia.my berjaya digodam oleh individu tidak bertanggung jawab tersebut. Laman itu memaparkan mesej ringkas bertulis "maap korannya w tutup bangsat,,, w jamin kgak bisa pulang pemain malingsial.. !!!! ewe by dyaz".
Meskipun Indonesia mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat secara keseluruhan, namun kekalahan pasukan bola sepak mereka ke atas Malaysia dilihat tidak dapat diterima.
Meskipun pelbagai tindakan provokasi ditimbulkan oleh penyokong Indonesia untuk melemahkan pemain-pemain Harimau Muda, Stadium Gelora Bung Karno malam tadi menyaksikan Garuda tersungkur di gelanggang sendiri.
Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir masa tambahan.
Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.
Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.
DUA orang jemaah haji dari Britain terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka meletup di Arab Saudi dalam perjalanan mereka menuju ke Kota Suci Mekah.
Dawud Burbank, 49, dan isterinya baru sahaja berlepas menaiki bas berkenaan dari Lapangan Terbang Jeddah selepas melalui penerbangan dari Birmingham semalam.
Bas tersebut yang membawa 29 orang penumpang jemaah haji warga Britain dan Pakistan meletup lalu terbakar berhampiran sebuah jejantas sebaik sahaja melepasi sebuah persimpangan penghubung jalan.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada keadaan enjin yang terlalu panas menyebabkan api merebak menyambar tangki petrol bas berkenaan.
Pemandu bas yang menyedari kepulan asap keluar dari kenderaan telah memberhentikan bas dengan segera. Dia cuba menyelamatkan kesemua penumpang, malangnya Encik Burbank dan isterinya, 48 mengalami kecederaan yang parah akibat letupan.
Difahamkan, Burbank dari Birmingham merupakan seorang penterjemah bahasa Arab kepada Inggeris yang terkenal.

Bas tersebut membawa jemaah haji dari Masjid Salafi Birmingham. Abu Khadeeja, dari Institut Salafi berkata:
"Saya telah mengenali mereka berdua lebih 20 tahun, beliau seorang yang sangat dihormati, seorang yang baik dan suka mempelajari sesuatu".
"Beliau sangat dikenali dan barangkali merupakan penterjemah Arab kepada Inggeris yang terbaik di negara-negara barat. Orang ramai mengenalinya di Canada dan USA, beliau juga ada menulis beberapa buah buku"
"Beliau sudah menjadi penterjemah lebih 20 tahun - beliau sangat bijaksana"
SATU kebakaran kecil berlaku di pawagam GSC Megamall Mid Valley awal tengah hari tadi. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan oleh pihak pengurusan.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kebakaran dipercayai bermula kira-kira pada pukul 1.20pm di salah sebuah dewan pawagam namun ia berjaya dipadamkan dalam sepuluh minit kemudian.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah diarahkan keluar bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku.
Punca kebakaran masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.
Di bawah ini gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang saksi di tempat kejadian. Kelihatan kepulan asap di sekitar kawasan kaunter jualan tiket pawagam GSC Megamall. Saat ini orang ramai diarahkan keluar dari dewan pawagam.