Pilihanraya Umum ke 13 Selepas Bulan Disember?



KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.



Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan dan sebagainya bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.

Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan beliau sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut, demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.

Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan. Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.


Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hantu Cina's avatar

Hantu Cina · 696 weeks ago

Saya beritahu kamu orang satu rahsia , saya pandai baca bahasa cina , BI, BM. Di surat khabar cina, MCA kata DAP ialah anak pantung/anjing PAS. Apabila baca newspaper Bahasa Malaysia seperti UTUSAN 'M'' pula, UMNO pula kata PAS ialah anak pantung/anjing DAP. Siapa cakap betul ? Rakyat dibodohkan-lah. Sebab mereka mahu membuat kacau bilau antara parti dalam Pakatan Rakyat dan juga sengaja mewujubkan perasaan praksangka antara kaum Melayu dan Cina supaya semua Melayu mesti bersatu padu menyokong UMNO yg memperjuang '' Poket $$ '' parti dan juga mengukuhkan kuasa. dan lupakan kegiatan '' Baik'' mereka. Apabila UMNO bagi satu biji gula bagi rakyat, jangan gembira dulu, nanti rakyat akan dipukul seratus kali dgn kayu..... sedar-lah taktik politik yg kotor..
1 reply · active 696 weeks ago
yaya...sy bersetuju 101 %.....
biar apa kata pencacai umno.. kami org muda.. tetap yakin pada perubahan.. kerana dr situlah kita akan lihat dengan jelas siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara.. ekekwke.. reformasi..
Adalah berkemungkinan PRU-13 jatuh pada bulan April 2012. Kita nantikan.

Post a new comment

Comments by