Harimau Malaya terima ganjaran RM30,000 seorang



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran RM30,000 bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain pasukan bola sepak Malaysia yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia.


Ganjaran RM30,000 itu menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka yang cemerlang mereka.


Sumber: Kosmo

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda