Akta Perhimpunan Aman 2011: Pentadbiran Najib Razak terus dikecam



PENTADBIRAN Datuk Seri Najib Razak terus dikecam oleh rakyat termasuk Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus “mengetuk pintu Parlimen” jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat.




Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dipetik berkata, menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.

Majlis Peguam Malaysia menganjurkan Walk For Freedom, iaitu satu perhimpunan aman yang berjaya menghimpun beratus-ratus peguam dari seluruh negara dan juga lebih seribu orang awam, ahli parti politik dan juga NGO.

Perhimpunan aman bermula di perkarangan Taman Tasik Perdana pada jam 10.00 pagi.

Lim kemudian mengetuai perarakan ke bangunan Parlimen sambil diiringi ribuan rakyat yang sama-sama menentang pindaan rang undang-undang itu yang disifatkan akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.



Beliau bersama sembilan wakil dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan kemudian ke bahagian lobi untuk menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada pukul 12.30 tengahari.

“Kami hanya prokeadilan dan prokeluhuran undang-undang. Kami sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan,” kata Lim kepada Liew ketika menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Memorandum turut diserahkan oleh Lim kepada Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Parlimen. Perhimpunan ini diisytiharkan sebagai haram oleh pihak polis.


Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda