Perhimpunan Aman 2011: Dakwaan TV3 500 ahli Perkasa hadir disangkal



DAKWAAN TV3 menyiarkan berita kononnya hampir 500 ahli Perkasa turut serta dalam perarakan menganggu perhimpunan aman oleh Majlis Peguam tadi, segera disangkal dengan melampirkan bukti bahawa perarakan itu tidak mendapat sokongan orang ramai.



Malah beberapa tindakan mereka turut dipersoalkan apabila melaungkan slogan 'anti seks bebas' dan 'anti liwat' serta 'halang seksualiti merdeka' secara jelas menunjukkan mereka ini tidak mempunyai motif jelas untuk mengadakan perarakan itu, kecuali dengan niat menganggu.

Kelihatan dalam gambar, mereka ini disertai beberapa kerat remaja bawah umur dan golongan-golongan veteran yang terpinga-pinga melihat perhimpunan aman Walk For Freedom disertai ribuan orang yang terdiri daripada golongan profesional serta orang awam.



Tindakan TV3 ini diragui, apakah motif sebuah stesen penyiaran swasta yang punya banyak pengalaman untuk menamilkan maklumat untuk membohongi penonton. Juga, apakah relevannya sebuah stesen penyiaran menipu hanya untuk sebuah NGO kecil seperti Perkasa?

Ternyata, perarakan itu juga memang berniat menganggu dengan tindakan mereka membakar beberapa helai baju berwarna kuning di tengah jalan dan memaksa polis bertindak. Mujur, tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Sebuah blog MiLoSuaM turut membongkar tentang kegagalan Perkasa dan sesiapa pun yang menganjurkan perarakan untuk menarik minat orang ramai.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda