• Home
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
  • Hiburan
  • Lawak
    • Double Meaning
    • Category
    • Category
    • Category
Showing posts with label Info. Show all posts
Ariff Bersama pasangan gay dari Britain
Kamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya.

Pengerusi Persatuan Biro Pengaduan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menulis surat kepada anaknya, meminta beliau bukan sahaja untuk kembali tetapi juga menyelesaikan pinjaman pendidikan sebanyak RM890, 000.

"Saya akan menyampaikan surat itu kepada lelaki itu apabila saya pergi ke Britain pada 23 Disember ini kerana keluarganya sangat rindukan anak mereka. Keluarga Ariff masih lagi terkejut dengan berita perkahwinan anak mereka dengan pasangan gay dan masih tidak dapat menerimanya," katanya kepada akhbar The Star semalam.

Datuk Muhd Khairun menyatakan bahawa beliau akan meminta Ariff untuk bertanggungjawab di atas hutang pinjaman pendidikannya dan membebaskan keluarga mereka daripada memikul hutang.

"Adalah tidak adil bagi keluarganya untuk membayar balik pinjaman itu sedangkan Ariff masih wujud," katanya, sambil menambah bahawa keluarga Ariff datang ke biro itu Jumaat lepas.

Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara.

Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak.

Gambar-gambar perkahwinan mereka juga menggemparkan pengguna internet apabila telah dimuat naik di blog dan laman rangkaian sosial.

Ariff ketika melangsungkan perkahwinan bersama pasangan gay berpakaian tradisional, baju melayu


Sumber: The Star
KINI wujudnya pendekatan terbaru yang mudah dalam dunia penggambaran dimana amatur boleh mengubah dan menambah gambar dalam seminit tanpa mudah di kesan tanpa memerlukan peralatan khas, latihan, kemahiran atau akses yang rumit sambil mengekalkan kualiti asal gambar tersebut.

Teknik yang dicipta oleh seorang 'programmer' Kevin Karsch, akan ditunjukkan pada persidangan Siggraph di Hong Kong pada bulan ini.

Karsch menyatakan bahawa walaupun pengguna terdiri daripada 'orang baru' atau orang-orang yang kurang mahir, hasil daripada penggunaan program yang diperkenalkan boleh mencapai hasil pengubahan seperti seorang profesional.

Kaedah Karsch adalah unik. Beliau mengatakan bahawa walaupun secara digital agak mudah untuk membuang objek dari skrin gambar, ia lebih sukar untuk memasukkan sesuatu objek tanpa dapat dikesan oleh pandangan mata tentang perubahannya.

"Kaedah-kaedah mengubah gambar yang sedia ada sekarang adalah agak remeh dan susah", kata Karch yang merupakan seorang pelajar PhD di universiti Illinois.

"Untuk memasukkan objek ke dalam sesuatu rakaman adegan atau gambar, teknik yang ada sekarang memerlukan beberapa geometri digambarkan secara manual, menggunakan model lampu yang memantulkan cahaya yang diletakkan di tempat rakaman diambil, mengambil pelbagai gambar dari pelbagai sudut, atau bahkan meletakkan model atau objek-objek yang ingin digambarkan secara manual", tambahnya lagi.

Proses ini perlu dijalankan dengan cermat dan teliti dan memerlukan kepakaran.

Teknik-teknik yang sedia ada sekarang


Perbezaan teknik yang diperkenalkan sangat ketara di mana perisian Karsch pula secara automatik membina draf kasar senario model 3D dan pengguna hanya perlu menambah mana-mana permukaan yang diingini dengan melukis pada skrin.

Seterusnya pengguna perlu menambah sumber cahaya dan mengubah nilai pencahayaan yang bersesuian pada imej.

Sistem kami secara automatik akan menjana model fizikal di gambar tersebut menggunakan tanda aras pencahayaan dan gambaran yang diinginkan pengguna , 'kata Karsch.

Perisian kemudiannya menambah nilai cahaya di mana Karsch mencipta program yang boleh mengadaptasi gambar yang perlu dalam keadaan berkilat, gambar refleks ataupun objek sintetik yang memerlukan sinaran.

Untuk menambah patung, pengguna hanya perlu melukis garis kasar bilik, kemudian menandakan sumber cahaya, maka objek 3D boleh digambarkan


Karch menyatakan bahawa kaedah yang diperkenalkan ini hanya memerlukan beberapa penjelasan ringkas yang ditandakan oleh pengguna sambil membenarkan pengguna-pengguna baru untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Hasil-hasil dari pengubahan gambar yang telah dicapai dengan kaedah yang diperkenalkan kelihatan realistik, dan ramai orang cenderung untuk memihak kepada teknik pentafsiran sintetik yang diperkenalkan berbanding penambahan gambar melalui kaedah sisipan lain.

Proses pencahayaan automatik menambah lapisan cahaya untuk mewujudkan hasil yang meyakinkan dan juga dapat disesuaikan dengan objek berkilat, refleks atau bersinar


Sumber: Daily Mail
PEMANDU yang baru menerima lesen memandu akan dihalang daripada melalui lebuhraya, dan juga dilarang daripada memandu pada waktu malam di bawah pindaan baru undang-undang Britain.

Jumlah penumpang yang boleh dibawa oleh pemandu baru juga akan dihadkan dan mereka akan diwajibkan untuk mempamerkan pelekat 'P' – menunjukkan bahawa mereka baru memperolehi lesen.


Pindaan baru itu merupakan skim kelulusan lesen yang diusulkan bagi menetapkan pemandu baru di bawah percubaan (probation) dan terikat kepada undang-undang tambahan untuk satu jangka masa tertentu sebelum menerima lesen penuh.

Undang-undang baru ini diusulkan oleh Suzette Davenport yang baru ditugaskan untuk menetapkan undang-undang jalanraya Britain. Beliau juga merupakan wanita pertama dilantik memegang jawatan itu.

Menurut pakar, meskipun golongan muda akan menentang pindaan tersebut, mereka pasti akan mengalu-alukan penurunan harga insuran hasil dari perlaksanaan undang-undang baru itu.

Undang-undang ini dilihat begitu mirip dengan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Jika pemandu "percubaan" di Malaysia menggunakan pelekat 'P' berwarna merah, di Britain mereka menampal pelekat 'P' berwarna hijau.
DAKWAAN TV3 menyiarkan berita kononnya hampir 500 ahli Perkasa turut serta dalam perarakan menganggu perhimpunan aman oleh Majlis Peguam tadi, segera disangkal dengan melampirkan bukti bahawa perarakan itu tidak mendapat sokongan orang ramai.



Malah beberapa tindakan mereka turut dipersoalkan apabila melaungkan slogan 'anti seks bebas' dan 'anti liwat' serta 'halang seksualiti merdeka' secara jelas menunjukkan mereka ini tidak mempunyai motif jelas untuk mengadakan perarakan itu, kecuali dengan niat menganggu.

Kelihatan dalam gambar, mereka ini disertai beberapa kerat remaja bawah umur dan golongan-golongan veteran yang terpinga-pinga melihat perhimpunan aman Walk For Freedom disertai ribuan orang yang terdiri daripada golongan profesional serta orang awam.



Tindakan TV3 ini diragui, apakah motif sebuah stesen penyiaran swasta yang punya banyak pengalaman untuk menamilkan maklumat untuk membohongi penonton. Juga, apakah relevannya sebuah stesen penyiaran menipu hanya untuk sebuah NGO kecil seperti Perkasa?

Ternyata, perarakan itu juga memang berniat menganggu dengan tindakan mereka membakar beberapa helai baju berwarna kuning di tengah jalan dan memaksa polis bertindak. Mujur, tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Sebuah blog MiLoSuaM turut membongkar tentang kegagalan Perkasa dan sesiapa pun yang menganjurkan perarakan untuk menarik minat orang ramai.
PENTADBIRAN Datuk Seri Najib Razak terus dikecam oleh rakyat termasuk Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus “mengetuk pintu Parlimen” jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat.




Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dipetik berkata, menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.

Majlis Peguam Malaysia menganjurkan Walk For Freedom, iaitu satu perhimpunan aman yang berjaya menghimpun beratus-ratus peguam dari seluruh negara dan juga lebih seribu orang awam, ahli parti politik dan juga NGO.

Perhimpunan aman bermula di perkarangan Taman Tasik Perdana pada jam 10.00 pagi.

Lim kemudian mengetuai perarakan ke bangunan Parlimen sambil diiringi ribuan rakyat yang sama-sama menentang pindaan rang undang-undang itu yang disifatkan akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.



Beliau bersama sembilan wakil dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan kemudian ke bahagian lobi untuk menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada pukul 12.30 tengahari.

“Kami hanya prokeadilan dan prokeluhuran undang-undang. Kami sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan,” kata Lim kepada Liew ketika menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Memorandum turut diserahkan oleh Lim kepada Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Parlimen. Perhimpunan ini diisytiharkan sebagai haram oleh pihak polis.


SEORANG bapa, Norshahrizal Abd Razak memerlukan bantuan kewangan segera untuk menjalani pembedahan memasukkan tiub ke dalam badannya bagi tujuan hemodialisis.



Norshahrizal yang mempunyai tanggungan dua orang anak dalam keadaan tidak stabil semenjak minggu lalu. Tanpa tiub tersebut, beliau tidak boleh melakukan proses hemodialisis untuk mencuci darah.

Inilah sebenarnya corak kehidupan rakyat Malaysia, hatta di bandar. Masih belum terbela dengan skim kesihatan yang begitu mahal untuk golongan berpendapatan rendah. Sumbangan masyarakat adalah dialu-alukan bagi meneruskan sebuah kehidupan yang belum tentu penghujungnya.

Dengan kos pembedahan sekitar RM3,000, mereka yang berhajat untuk menyampaikan sumbangan boleh menghubunginya di talian 012-2289473 atau menderma terus ke akaun (CIMB: 1453 000 5673 526)

BEIJING - Jumlah keseluruhan pengguna internet di China mencapai jumlah 450 juta di hujung bulan November, dengan menunjukkan peningkatan 20.3 peratus setiap tahun, menurut Wang Chen, ketua Pejabat Majlis Informasi Negeri China khamis lalu.

Sekitar 33.9 peratus populasi cina di dalam talian, dengan nisbah kira-kira 30 peratus daripada pengguna internet dunia, kata Wang di dalam satu sidang media. Penggunaan internet menjadi popular sejak tahun 1994, saat mula-mula Negara China di hubungkan dengan internet, kata Wang sambil menambah bahawa China memiliki populasi pengguna internet yang terbesar di dunia.

Jumlah pengguna internet di China seramai 420 juta orang di penghujung bulan jun tahun ini, menurut laporan Pusat Informasi Jaringan Internet negara China.

Sambil memuji peranan internet terhadap menggalakkan peningkatan kemajuan negara China, Wang juga mengakui bahawa negara China, sama seperti negara-negara lain di dunia, dihantui dengan masaalah pornografi, penggudam, virus-virus serta penipuan atas talian.

China akan memperbaikki dasarnya bagi memudahkan kemajuan internet beserta pengawasan yang berkaitan.

Usaha yang lebih hebat akan dijalankan untuk membanteras jenayah atas talian, memantau keselamatan atas talian, melindungi hak-hak rakyat China, serta mencipta satu persaingan yang adil dan pasaran mesra untuk industri internet negara China tambahnya.

Wang juga menegaskan bahawa negara China berharap untuk bekerja sama dengan negara-negara lain bagi memantau keselamatan atas talian serta menggalakkan perkembangan internet dan pengawasan.

Sumber: China Daily
Older Posts Home
  • Artikel Terkini
  • Ulasan Pembaca

Blog terpilih

  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • Free Malays
    Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut
    14 years ago

Berita

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    6 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago

Total Pageviews

tracker
Designed by Free Malays