Professor ditahan tonton gambar lucah kanak-kanak dalam pesawat



SEORANG profesor yang bertugas di University of Utah dituduh menonton gambar lucah kanak-kanak ketika berada di dalam pesawat dan beliau mengaku tidak bersalah.

Bapa kepada 2 orang anak, Grant Smith, 47 hadir di sebuah mahkamah di East Bostom menghadapi tuduhan menonton bahan lucah kanak-kanak melalui komputer ribanya ketika dalam penerbangan.

Beliau dibenarkan ikat jamin tunai sebanyak $75,000 (RM239 700) dan tarikh sebutan kes akan dimulakan pada 27 Disember 2011.

Smith yang berasal dari Cottonwood Height, Utah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan hari sabtu lalu di dalam pesawat Delta Airlines dari Bandar Salt City, Utah.

Pendakwaraya, Erik Bennett berkata seorang penumpang pesawat di belakang Smith telah mengambil gambar ketika dia sedang leka menonton bahan lucah di komputer ribanya menggunakan telefon bimbit sebagai bukti.

Penumpang itu kemudiannya telah menghantar sebuah mesej kepada anaknya beserta gambar bukti tersebut mengarahkannya untuk menghubungi pihak polis.

Penumpang itu kemudiannya memberitahu pramugari/a yang kemudiannya datang menemui Smith serta mengarahkan beliau menutup komputer ribanya itu.

Menurut pendakwaraya itu lagi, komputer ribanya itu dibeli menggunakan grant daripada University of Utah.

Smith kemudiannya didakwa cuba untuk memadam gambar-gambar tersebut daripada komputernya. Gambar-gambar tersebut terdiri daripada kebanyakkannya kanak-kanak berusia 10 tahun, berbogel dan separa bogel sedang melakukan rangsangan seks.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda