Adun KEADILAN tidur semasa sidang DUN Selangor



SEKEPING gambar ADUN terlena didakwa ketika sidang DUN berlangsung menjadi topik hangat disebarkan melalui blog, forum dan laman sosial Facebook terutama oleh penyokong Barisan Nasional.


Gambar tersebut menunjukkan, ADUN Sri Andalas yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar tertidur di atas kerusi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan, yang juga Presiden Perkasa pernah diserang kontroversi apabila gambarnya yang sedang tidur di dalam dewan rakyat tersiar secara langsung di kaca televisyen.

Gambar YAB Perdana Menteri tidur di Persidangan Ketua Negara Komanwel, CHOGM juga pernah menjadi topik hangat apabila ia menghiasi salah satu laporan portal berita berpengaruh Indonesia, Antaranews baru-baru ini.


Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda