Artis Malaysia Kian Pandai Berfesyen



TAHUN 2011 yang semakin menghampiri tirai labuhnya ini tidak sudah-sudah dengan kontroversi berpanjangan. Dari dunia politik, ekonomi dan sukan, industri hiburan juga tidak leka dengan isu-isu panas dan sensasi.

Artis-artis di Malaysia telah sekian lama menjadi ikon dan ikutan dari segi pencakapan dan penampilan terutama fesyen yang diperagakan terutamanya artis wanita.

Malah apa yang melucukan adalah fesyen-fesyen ini kadangkala lebih barat daripada apa yang diperagakan oleh artis-artis Hollywood sendiri.

Minggu lalu telah berlangsung satu majlis Pelancaran Majalah LISA versi Malaysia bertempat di The Intermark, Kuala Lumpur pada hari Jumaat bertarikh 11/11/11.

Antara artis yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis adalah seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, dan Shaheizy Sam.

Namun yang menjadi tumpuan pada majlis tersebut tidak lain dan tidak bukan pastilah Fasha Sandha, yang memperagakan fesyen yang cukup 'daring' dan berani.

Karier seni Fasha Sandha yang sebelum ini bergerak sama laju dengan kontroversi sehingga hampir menenggelamkan namanya, sekali lagi menimbulkan tanda tanya dengan penampilan fesyen beliau apatah lagi hari tersebut jatuh pada hari Jumaat.



Bukanlah membawa maksud hari lain artis atau sesiapa sahaja boleh bergaya sakan dan seksi maut, tetapi tidakkah sebagai seorang yang menjadi perhatian umum, Fasha Sandha seharusnya menunjukkan lebih rasa hormat apabila tampil di khalayak ramai.

Belum pun surut isu berbikini di Bali, Indonesia, nampaknya Fasha terus selesa mencipta kontroversi demi kontroversi.

Jadi, masyarakat tertanya-tanya apakah tindakan Fasha Sandha memakai tudung ketika program Jom Heboh di Negeri Kelantan tempoh hari itu sekadar ingin menipu peminat, atau dirinya sendiri?

Namun apa yang lebih jelas, artis ini tidak pantas menjadi ikon atau ikutan anak gadis, kerana jelas ini adalah contoh ikutan yang negatif.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda