PELAKON popular Fasha Sandha telah melahirkan rasa kesal di atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.
“Salam utk peminat yang saya kasihi. Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You.” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.
Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.