Bikini sayur-sayuran tarik perhatian pelanggan




SERIBU satu kaedah dan cara diusahakan oleh para pengusaha restoran makanan di dalam menarik perhatian para pelanggan menjamu selera di premis-premis mereka.

Lain ceritanya di Utara Cina, wilayah Shaanxi, seorang pengusaha makanan di sini menganjurkan pertunjukkan bikini sayur-sayuran sebagai taktik menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaan.

Salah seorang model wanita dalam pertunjukkan itu mengenakan bra yang diperbuat daripada kobis ungu dengan skirt sawi yang disusun kemas ala pakaian mandi.

Seorang lagi model wanita menjadikan lada merah sebagai perhiasan leher atau lebih tepat dijadikan kalung. Beliau mengenakan beberapa jenis sayuran termasuk sawi sebagai bra dan skirt.


Para pelanggan yang tertarik dengan persembahan tersebut tidak melepaskan peluang bergambar bersama model-model bikini sayuran yang dapat ditonton dengan mudah sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah yang enak.

Dilaporkan, ada pelanggan yang sanggup datang sejauh 300 km semata-mata untuk menyaksikan pertunjukkan bikini sayuran tersebut.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda