Marco Simoncelli maut, Motor GP dihentikan




DUNIA permotoran hari ini berhadapan dengan kematian kedua dalam tempoh seminggu selepas pelumba dari Itali Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan di Malaysia Moto GP.

Gresini Honda hilang kawalan pada pusingan kedua di litar Sepang dan kelihatan dilanggar oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi di saat beliau terjatuh dan tergelincir merentasi trek.

Topi keledar yang dipakai oleh pelumba berusia 24 tahun itu dilihat tertanggal di dalam kemalangan tersebut. Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pihak penganjur telah membatalkan perlumbaan hari ahad itu sebaik sahaja mendapati Simoncelli mengalami kecederaan teruk.

Kematian ini merupakan kali pertama semenjak Daijiro Katoh seorang pelumba dari Jepun yang mati akibat kemalangan pada Grand Prix Jepun 2003.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda