Bendera Umno berkibar di Stadium Shah Alam malam tadi



SEBAHAGIAN penyokong Pasukan Bola Sepak Terengganu mengibarkan bendera Umno di dalam stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, Terengganu menentang Negeri Sembilan.


Sebuah kain rentang bertulis "Klate, Sngor Mapuh Doh" yang membawa maksud Kelantan, Selangor dah mampos dikibarkan di kawasan penyokong Terengganu oleh segelintir penyokong yang dipercayai ahli Umno.

Kain rentang tersebut dilihat membawa mesej mengejek Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Selangor dan Kelantan yang gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini.

Kedua-dua pasukan bola sepak yang bertanding (Terengganu dan Negeri Sembilan) merupakan Negeri yang masih kekal di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang turut diwakili oleh Umno sebagai salah satu parti komponen terbesar.

Pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna Facebook terhadap tindakan ini. Sebahagian penyokong mendakwa ia sebagai bukti bahawa pasukan bola sepak negeri Barisan Nasional lebih hebat dari Pakatan Rakyat.

Sebahagian pengguna pula mengecam tindakan tersebut yang dilihat cuba mempolitikkan sukan dan menimbulkan provokasi kepada pasukan bola sepak yang kalah.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku kecuali satu pergaduhan yang tercetus akibat seorang penyokong Negeri Sembilan yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda