Shah Rukh Khan temubual Lady Gaga di India



PELAKON sensasi Bollywood Shah Rukh Khan dijadualkan bakal menemubual penyanyi Hollywood Lady Gaga semasa lawatan artis kontroversi itu ke India hujung minggu ini.

Hindustan Times melaporkan bahawa kedua-dua bintang terkenal itu akan bertemu secara berdepan untuk satu sesi temubual ekslusif di kelab malam Arjun Rampal's Delhi pada hari Ahad (30 Okt 2011) semalam.

"Lawatannya ke India untuk melakukan persembahan secara langsung sempena acara kemuncak F1 memberikan kami peluang interaksi berdepan antara bintang pop dunia itu dengan Shah Rukh Khan, bintang bertaraf dunia kami" kata Pegawai urusan UTV Bindass.

"Inilah kali pertama untuknya berdepan dan berinteraksi dengan penonton sebenar di India" tambahnya lagi.



Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda