Polis halang lelaki pandu kereta ala "Flinstone" ciptaannya



NIAT seorang pemilik kenderaan ala "flinstone" untuk memulakan pemanduan terpaksa dibatalkan kerana pihak berkuasa memutuskan kereta zaman batu miliknya itu tidak selamat untuk dipandu.



Menggunakan bingkai kayu dan alas tempat duduk berlapikkan corak harimau bintang, Sebastian Trager mereka bentuk kenderaan menyerupai kenderaan yang menggunakan kuasa tolakan kaki seperti di dalam rancangan TV popular "Flinstone".

Bagaimanapun, hasil modifikasi moden, kenderaan yang dicipta oleh jurutera Jerman itu tidak memerlukan kayuhan kaki kerana ia dilengkapi enjin 1.3 liter di dalam roda bahagian hadapan kenderaan.

Trager telah memohon lesen untuk memandu kereta zaman batu ciptaannya itu, namun pihak berkuasa Jerman memutuskan ia sebagai tidak selamat untuk berada di atas jalanraya.



"Kami telah meniru dengan teliti. Saya bekerja di dalam pembinaan kereta dan gemar dengan kereta, jadi saya tahu ia sangat selamat" jelas Trager.

"Tapi ketika kami terpaksa mengisi salah satu bahagian dalam borang pendaftaran berhubung jumlah lampu, cermin dan penyapu air, kami berputus asa kerana ia langsung tiada cermin"

"Kami membawanya untuk dipamerkan kepada orang ramai, nampaknya semua orang sukakannya"

Sumber: metro.co.uk

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
begitula bila da minat...wlpun yg baru Ada tp masih gila yg lama gak..
Inilah innovasi dan kreativiti ! Ada ke semangat orang kita (malaysia) mcm diatas?
1 reply · active 660 weeks ago
hisham dean's avatar

hisham dean · 660 weeks ago

kat malaysia dah berpuluh tahun kuar keta masih tak elok2 gak buatannya...
Sebenarnya kita sebagai rakyat juga memainkan peranan penting bagi menyatupadukan bangsa dari berpecah belah. Kita tidak seharusnya berpeluh tubuh sahaja, suarakan pendapat kita, kita punya hak sebagai rakyat ! Ayuh lah kita bersatu ! Rakyat bersatu, negara pasti aman damai. Ayuhlah bersatu !

يُخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ

“Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”.
(Hadis Riwayat Muslim No. 1066)
1 reply · active 485 weeks ago
malayzieew's avatar

malayzieew · 485 weeks ago

Ayuh indon raya
org islam's avatar

org islam · 654 weeks ago

yg kreatif mcm yg cuba cipta helikopter dulu x d beri galakkan malah d susahkan dgn mcm2 birokrasi,hbs camna org m'sia nak maju asyik tiru dr luar sj cam proton (amik model lancer kata inspira,cham kata saga,galant kata wira)lps tu kata keta nasional ,sapa la yg bg idea camni d zaman teknologi d hjg jari sj ,
lawak tol la
Designer keta M'sia masih kat Pra-sekolah . Kreatif ? Jangan harap le.........
1 reply · active 657 weeks ago
realiti...

Post a new comment

Comments by