Kajian dapati wanita yang membela kucing lebih cenderung membunuh diri





MENURUT satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharaan itu.

Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii (T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Dianggarkan sekitar satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku.

Penyelidik dari U.S, Denmark, Jerman dan Sweden telah menjalankan kajian ke atas lebih 45,000 wanita Denmark yang dilahirkan di antara tahun 1992 hingga 1995.

Para penyelidik mendapati, wanita yang dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh diri dibandingkan dengan wanita yang sebaliknya.

Sumber: dailymail.co.uk

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Bangang py artikel. Abis anjing tu apa? takde kuman takde parasit.. Haiwan ni yg lagi bahaya drpd kucing.Apa yg aku tahu kucing haiwan yg pembersih sbb tu dia selalu grooming bulu dia lepas makan, lepas 'buang'. Yg penting nak bela haiwan, kebersihan kena jaga selalu mcm bela budak jugak.
kajian korok kering mung.!!! NABI S.A.W sendiri sukakan kucing, kita umatnya menjadi sunah untuk memeliharanya.!!! jgn jd jahil n bodoh dgn mainan yahudi lakhnaktullah.!!
betolll aku sokong!!!.....weyh...ekau tau dok..ye kuceng tu...adalah hewan paling bersih dalam dunia tw...sebab..dier hewan rumah...tk kuar mne2...dan kelebihan kuceng ni..dier ado lidah yang mampu membersihkan kotoran yang melekat pd bulu2nye...lidah tu bukan sebarang lidah...LIdah Cukup UNik dan mampu mematikan kuman...itu kau kene selidik balekk.....bodoh pnye islam...
1 reply · active 660 weeks ago
admin tlg delete komen kat atas nih nampak hina agama pulak...takkan tersalah dah 4 hari komen...

Post a new comment

Comments by