PASANGAN kura-kura, Bibi dan Poldi boleh dinobatkan sebagai pasangan haiwan yang mempunyai hubungan cinta paling lama di dunia selepas saling menjalinkan hubungan lebih seabad (115 tahun) lamanya.
Menurut para petugas di Klagenfurt Zoo yang terletak di selatan Austria, pasangan haiwan itu kini dilihat sudah tidak lagi sebulu. Malah mereka akan bergaduh setiap kali berpandangan.
Kura-kura betina, Bibi terpaksa dipisahkan kerana ia dilihat kerap menyerang pasangannya, suatu hal yang tidak pernah terjadi sejak 115 tahun dahulu.
"Kami dapati ia tak boleh lagi saling berpandangan antara satu sama lain" jelas pengarah Zoo, Helga Happ.
"Tiada siapa tahu apa sebabnya, ia bersama sejak kecil lagi, membesar bersama dan akhirnya berpasangan" tambahnya lagi.
Kura-kura tersebut dilahirkan di Zoo Basel, Switzerland pada tahun 1897 sebelum dipindahkan ke Austria selepas dibela selama 36 tahun.