PELAKON terkenal tanahair, Remy Ishak, 30 dikatakan mengalami jangkitan paru-paru dan terpaksa ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang.
Mohammad Zalimei Ishak atau nama popularnya Remy, mendakwa beliau sudah ditahan sejak Isnin lalu di hospital. Beliau juga mendapat pemantauan rapi para doktor yang bertugas pada setiap masa.
"Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.
"Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah," katanya kepada mStar Online Khamis lalu.
Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.
Bagaimanapun tambah Remy seperti yang dipetik daripada mStar, penyakit itu perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.