Lelaki dipenjara kerana memandu dengan Polis tergantung di depan keretanya





SEORANG lelaki di China menerima hukuman 12 bulan penjara kerana memandu dengan membiarkan seorang anggota polis tergantung di atas penutup enjin kereta keretanya di bahagian hadapan.

Lelaki itu dilaporkan enggan berhenti ketika dua orang polis menahannya di salah sebuah pintu keluar masuk di Bandar Xuancheng timur China.

Ketika ditahan oleh pihak polis kerana kenderaan yang dipandunya tidak mempunyai nombor pendaftaran, dia enggan keluar dari kenderaan, malah terus memandu tanpa mempedulikan seorang anggota polis yang berada di depan keretanya.

Akibatnya, polis tersebut terpaksa melompat dan bergayut di hadapan kereta tersebut bagi mengelakkan dirinya daripada dilanggar lantas dibawa bersama dalam keadaan tergantung oleh kereta yang memecut untuk melarikan diri.

Anggota Polis itu tergantung sejauh kira-kira 200 meter sebelum kenderaan itu disekat oleh anggota Polis yang lain ketika ianya dipandu memasuki lebuhraya.

Pemandu berbahaya itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan dipercayai terlibat dengan kes rompakan. Dia dilaporkan sengaja tidak memasang nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan daripada dikenali.



Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda