Buruh binaan dipecat selepas menyiarkan gambar seluar tuan rumah di facebook



TIGA orang buruh binaan telah dipecat selepas didapati menyiarkan di Facebook, gambar seluar jeans bersaiz besar milik salah seorang tuan rumah tempat mereka bekerja.

Salah seorang daripada mereka memberikan ulasan "Inilah manusia paling gemuk pernah saya lihat sepanjang hidup saya" di bawah gambar yang mereka siarkan.

Gambar itu bagaimanapun telah dipadam daripada laman sosial terkenal itu hasil daripada aduan yang diterima oleh pihak pengurusan Facebook.




Penduduk yang enggan dikenali berkata, dia merasa kecewa dengan kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Maesgerchen estate, di Bangor, North Wales.

Pemilik seluar bersaiz besar itu dikatakan merasa tertekan akibat tindakan tidak bertanggung jawab yang dilakukan ke atasnya itu.

Ketiga-tiga pekerja yang dipecat itu, yang tidak didedahkan namanya merupakan pekerja subkontrak Cartrefi Cymunedol Gwynedd yang menjalankan projek pengubahsuaian 165 rumah melibatkan kos £4 Juta (RM19.7 Juta).

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda