Video menyeluruh Bersih 3.0 akan ditayang




PUTRAJAYA 31 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menayangkan kepada umum rakaman video yang menyeluruh mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman video akan disiarkan menerusi laman web rasmi KDN atau pun diedarkan kepada media penyiaran tempatan.

Beliau memberi jaminan rakaman itu tidak mempunyai sebarang tapisan, superimpose atau lain-lain aspek yang boleh menimbulkan sebarang kesangsian dalam kalangan masyarakat umum.

``Saya mahu rakyat melihat dalam keadaan yang menyeluruh, sebab ada beberapa video atau imej yang dikeluarkan kini hanya melibatkan masa dan tempat tertentu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Ketua Operasi Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi Asia Timur, Asia Selatan dan Pasifik, Alain Aeschlimann di sini hari ini [Utusan]

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda