Dua bulan tak makan jadi anjing paling kurus di dunia





SEEKOR anjing betina berumur kira-kira 18 bulan dengan berat kira-kira separuh berat anjing biasa yang sihat, boleh dianggap sebagai anjing paling kurus di dunia.

Ia diberi nama gelaran Hope oleh petugas di RSPCA (The Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) dan kini berada di bawah penjagaan badan itu.

Semasa ditemui di dalam sebuah kotak ditinggalkan di tepi jalan, Hope tidak mampu untuk makan dan minum, malah tidak mampu mengangkat kepalanya sekalipun.

Ia terpaksa diberikan makanan melalui salur tiub melalui kaki hadapannya dan diselimuti dengan selimut tebal bagi mengekalkan kehangatan.



Selepas menjalani rawatan selama beberapa hari, keadaan Hope kini semakin stabil dan dijangka akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi.

"Saya tidak pelik menyaksikan haiwan yang didera dan diabaikan seperti ini, namun ini merupakan haiwan paling kurus pernah saya lihat" ujar Anna Parry seorang doktor haiwan, lapor The Sun, Khamis lalu.

Peristiwa ini secara tidak langsung memberitahu kita tentang berapa lamakah tempoh masa seekor anjing mampu bertahan tanpa sebarang makanan dan minuman. Lihatlah hasilnya, Hope jadi anjing paling kurus di dunia.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda