Populasi India bakal melebihi China pada 2030






PADA saat ini, India merupakan negara kedua di dunia yang memiliki populasi penduduk paling ramai di dunia iaitu seramai 1.21 bilion atau 17% populasi dunia.

Semasa memperolehi kemerdekaan daripada jajahan United Kingdom sekitar 60 tahun lalu, populasi negara itu hanya sekitar 350 juta.

Namun sejak mencapai kemerdekaan, populasi penduduk negaranya sudah meningkat hampir tiga kali ganda. Dekad demi dekad dijangkakan ia akan melangkaui populasi penduduk negara China.

Kadar peningkatan populasi yang mendadak ini disebabkan beberapa faktor antaranya, peningkatan kadar kemiskinan dan kelemahan sistem kesihatan rakyatnya. Malah tahap tahap kesedaran terhadap perancangan kelahiran di kalangan penduduk kelas pertengahan juga begitu rendah.

Dalam masa yang sama, populasi penduduk China dijangka akan terus merudum manakala populasi Amerika Syarikat pula dilihat tidak akan pernah mencapai jumlah 1 Bilion.

Kerajaan India telah cuba mengawal kadar peningkatan populasi mereka, namun ia memerlukan perancangan rapi dan strategi yang berkesan untuk mencapai kadar pertumbuhan populasi 1.6%.

Sumber: About.com

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda