Pai Testis Lembu Sempena Hari Valentine



MAKANAN yang biasa dikaitkan pada hari Valentine adalah seperti Coklat, tiram dan Champagne bagi komuniti bukan islam yang menyambutnya.

Seorang chef mencipta satu sajian yang unik dan pelik sempena hari valentine iaitu pai testis lembu yang bertindak sebagai makanan yang meningkatkan keinginan seks pada Hari Valentine.


Digelar Pai Testis Lembu keluaran Charlie Bigham, ia mengandungi hanya bahan-bahan yang dipilih dan berkualiti merangsang dan membangkitkan ghairah.

Pai yang berharga £ 7,99 diperbuat secara eksklusif dari Ocado mempunyai campuran sejenis minuman keras 'Juana Mama' dan Ginseng dan bahan yang paling penting iaitu testikal lembu jantan .

Buah zakar lembu jantan yang kaya dengan testosteron telah lama digunakan di India di mana pasangan-pasangan yang mencubanya mengakui keberkesanan testis lembu untuk meningkatkan tenaga seksual.

Pembuatan Pai ini diinspirasikan asalnya dari India Taino asli dimana mereka menyediakan kepingan steak pai berair yang digaul di dalam minuman keras "Mama Juana" kurang ajar' untuk mendapatkan mood romantis.

Charles Bingham bersama bahan-bahan untuk menyediakan pai testis lembu
Pengasas pai, Charlie Bingham, mengulas: "Setelah berada dalam bidang masakan selama lebih daripada 15 tahun, kami memahami apa yang diperlukan untuk mengembalikan hubungan yang makin hambar. Selepas menjalani hari yang sibuk bagi pasangan yang berkerja ,pasangan sering terlalu letih untuk memasak, itulah sebabnya kami telah mencipta pai popular sempena mengembalikan suasana romantis di Hari Valentine dan mengurangkan tekanan kerana perlu memasak.

Ia boleh dapati bermula daripada 11 Februari untuk masa yang sangat terhad sahaja di Ocado.

Sumber: Newslite.tv

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda