Aktress Popular Tasha Shilla Pengsan Dalam Keranda



PELAKON baru yang popular dengan drama bersiri "Bunga April" Tasha Shilla,25 tahun dikatakan pengsan di dalam keranda, baru-baru ini.


Ketika kejadian, pelakon muda itu sedang menjalani penggambaran dan salah satu adegan yang perlu dilakonkan adalah di mana watak beliau telah meninggal dunia, dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan.

Adegan seram ini adalah dari sebuah telefilem seram bertajuk Panggilan Arwah yang bakal disiarkan melalui saluran astro, di mana dia juga perlu membayangkan iblis di sekitar jenazahnya untuk mengajaknya ke neraka.

Ketika disoal selepas beberapa jam tidak sedarkan, dia berkata:"Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi yang saya ingat, saya sedih dan saya menangis. Kemudian saya tersedar dan perasan krew-krew sedang mengelilingi saya".

Krew-krew yang berada ditempat kejadian memberitahu bahawa beliau telah pengsan selama tiga jam.

"Saya mungkin pengsan kerana sedikit tekanan ketika berlakon", tambahnya lagi.

Selepas sedar dari pengsan, penggambaran filem itu diteruskan semula.

Pelakon jelita ini dilanda kontroversi baru-baru ini mengenai sambutan hari jadinya disebuah kelab malam dan beliau berjaya mengendalikan gosip itu dengan baik.

"Orang kata saya lesbian dan macam-macam tohmahan termasuk dikatakan "Pole-dancer". Saya sangat kecewa pada mulanya tetapi lega kerana ibu saya sentiasa menyokong saya. Saya menerima bahawa ini adalah sebagai sebahagian daripada lumrah apabila menjadi "public figure"," katanya.

Tasha dicalonkan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular yang bakal tiba 8 April nanti sebagai calon Artis Baru Terbaik.

Beliau akan menjadi salah seorang yang dicalonkan yang akan memakai pakaian dress merahyang direka oleh Rafai serta mutiara dari Rafflesia.

Rancangan ini akan disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam pada 8 April.


Sumber: Daily Chilli

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
pengsan sebab suruh beringat la tu.....
bukan sbb tekanan kerja..kann... www.dzuandiey.com
tanda suruh taubat la tu
2 la..sampai suruh xjaga badan
tak pun pengsan nak bagi laku drama suh orang ramai tgk..huhuhu
ntg berok ni bkan pgsan cuma tranning mghadapi mati
rafid kamil's avatar

rafid kamil · 680 weeks ago

prmpuan ni ptut sykur sbb tak mti lgi, elok kau tauba,t kau ttup aurat kau
whai cik tasha, ambilah iktibar daripada kjadian itu sbagai pngajaran.
kuku_merah's avatar

kuku_merah · 685 weeks ago

Hello, ABPH takde anugerah artis baru terbaik wokeyyhh. Yang ado artis baru popular (lelaki/wanita).
1 reply · active 685 weeks ago
lebih kurang jer kan...huhuhu.. :-p www.dzuandiey.com
kalau dah 3 jam tak sedarkan diri pengsan betulla tu
tasha.mengada's avatar

tasha.mengada · 676 weeks ago

publisiti je tu. pelakon pandai berlakon. bla laa.
hahaha... padan muka pengsan.. 2 salah satu hidayah Allah la 2 suruh bertaubat

cara buang timeline facebook
TGGU TUA LAH.DAH TAK DE GIGI
Kalau dia matai betoi2? Doakan agar dapat hidayah untuk umat kita semua.

Zina itu Best: http://apekblogger.blogspot.com/2011/11/bila-berb...
1 reply · active 682 weeks ago
TAUBAT.....LA...ITU JATUH DALAM KERANDA KALAU JATUH DALAM LIANG LAHAT...LU PIKIR LA SENDIRI

Post a new comment

Comments by