Kantoi: Tiga Menteri Letak Jawatan Kerana Ditangkap Menonton Pornografi Di Parlimen




TIGA ahli politik India di New Delhi daripada parti konservatif moral, termasuk Menteri Hal Ehwal Wanita, meletak jawatan pada hari Rabu lalu selepas ditangkap menonton pornografi pada telefon mudah alih ketika persidangan parlimen negara berlangsung.

Saluran berita menyiarkan rakaman menunjukkan Menteri Negeri Karnataka, Laxman Savadi berkongsi menonton klip lucah dengan rakannya C.C Patil, Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, ketika duduk dalam Dewan Undangan Negeri.
Pemilik telefon, Menteri Pelabuhan, Sains dan Teknologi, Krishna Palemar, juga meletak jawatan.

"Kami meminta Speaker Dewan yang mulia untuk menjalankan suatu siasatan dan kami akan keluar dengan imej yang bersih," kata Patil, menafikan bahawa mereka menonton rakaman lucah.

Tiga menteri itu berkata mereka tidak mahu menyebabkan malu kepada parti mereka, iaitu Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) yang memerintah kerajaan negeri dan merupakan pembangkang di peringkat nasional.

Terdapat kemarahan berhubung kejadian itu bukan sahaja daripada aktivis hak asasi dan kumpulan sayap kanan Hindu Konservatif di India, tetapi juga dari parti Kongres riling yang dipanggil untuk pembubaran parlimen.

"Kita hidup di sebuah negara di mana minda masyarakat kini mengatakan bahawa wanita adalah komoditi yang boleh diperguna dan dilihat sebagai harta yang boleh didagangkan," kata Renuka Chowdhary, bekas Menteri Persekutuan untuk Pembangunan Wanita dan ahli Parti Kongres.

"Ia benar-benar memberi masalah apabila orang-orang yang berkedudukan dan mempunyai kuasa serta mempunyai tanggungjawab untuk mengubah keadaan mempunyai pemikiran yang sama dan sibuk menonton pornografi," katanya kepada saluran berita CNN-IBN.

Gadis dan wanita di India sebahagian besarnya diancam bahaya termasuk jenayah rogol, pembunuhan berkaitan mas kahwin, perkahwinan paksa, keganasan rumah tangga, dijatuhkan maruah dan penyeludupan manusia.

Sumber: The Star

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
selalunya org2 besar mcm ni lah buat perangai..haha..
duk dlm bilik sorg2, layan citer tak bermoral... www.dzuandiey.com
kalau ye pong, bawa laa sama isteri, baru best. eh? tak2! kene ikut sunnah rasul!

Zina itu Best: http://apekblogger.blogspot.com/2011/11/bila-berb...
betul tu taming .. kata pakar 99.99 serupa. Bukti lagi terang lagi bersuluh. Tp x letak jawatan pown!
ah bodohnya la bodoh.. agak agak la kalau boring sangat hahaha www.ashgive.com
Sah bukan kat malaysia. Kalau kat sini dema buat dek aje, walaupun bukti dah terang lagi bersuluh. Paling-paling hilang sekejap. Nanti naik ikut jalan lain pula. Tengok aje kat DSRTC dalam Trio Datuk T tu.

Post a new comment

Comments by