SEORANG wanita enggan meninggalkan tandas selama tempoh dua setengah tahun. Wanita yang dikenali sebagai Mee Yan Leong duduk di atas mangkuk tandas di bilik mandi rumahnya sejak 25 Mac, 2009 sehingga 902 hari kemudian. Dia juga memutuskan untuk makan dan tidur disitu.
Wanita berusia 58 tahun itu mendakwa dia merasakan satu kuasa yang memegang saya dan berkata dia tidak faham mengapa dia merasa dipaksa untuk tinggal di bilik mandi berjubin.
Puan Leong, kiri bersama suaminya
"Dia hanya bertelanjang sepanjang pengalaman pelik itu berlarutan dan hanya mandi sebanyak 18 kali", kata suaminya, Kian Ann Ong.
"Dia tidak mahu meninggalkan mangkuk tandas dan akan membayangkan bahawa jika dia bangun dari mangkuk tandas itu dan keluar, orang akan membaling batu atau menyembur air kepadanya", tambah suaminya lagi.
Suaminya adalah satu-satunya orang yang berkomunikasi dengan isterinya kerana wanita itu tidak mahu bercakap dengan anak lelaki mereka.
Kian Ann Ong menjelaskan bahawa beliau cuba untuk memujuk isterinya keluar dari bilik mandi beberapa kali tetapi dia selalu enggan dan memberitahunya bahawa ada sesuatu yang memegang bahagian belakangnya. Puan Leong juga akan berasa marah jika dia mendengar suaminya bercakap di telefon.
Akhirnya Encik Ong memutuskan untuk mendapatkan bantuan dan memanggil perkhidmatan kecemasan yang kemudiannya membawanya ke hospital berhampiran rumah mereka di Singapura.
Anak pasangan itu, Jiing Yih, 27 tahun seorang wartawan bebas, mempertahankan tindakannya apabila dia dipersoalkan kenapa dia tidak campur tangan bagi membantu.
"Saya dan ibu saya mempunyai personaliti yang sama iaitu suka berterus terang dan akhirnya berdebat hingga bertengkar. Apabila ibu sampai ke Singapura, emosi beliau menjadi lebih tidak stabil, jadi saya cuba untuk mengelakkan berhujah dengannya yang mungkin boleh menambah tekanan padanya, "katanya anaknya kepada wartawan surat khabar.
Encik Ong berkata beliau mendapati sukar untuk menjaga isterinya ketika itu dan pernah terfikir untuk meninggalkannya tetapi sampai hati. Sepanjang isterinya tinggal didalam bilik air, suaminya terpaksa menyediakan bubur, roti dan biskut untuk isterinya.
Wajah buntu suami wanita pelik
Sumber: Daily Mail