Syahdu! Akhirnya Azwan Haji Ali 'Rujuk' Semula Dengan Ummi Hafilda






AKHIRNYA personaliti Tv terkenal, Azwan Haji Ali telah 'rujuk' semula dengan adik kesayangannya Ummi Hafilda Haji Ali dalam satu sidang media di sebuah restoran pada tengahari Rabu tadi di Kuala Lumpur.

Azwan Ali yang sebelum ini melancarkan perang terhadap Ummi Hafilda apabila buat ugutan bunuh cara terbuka terhadap Ummi menerusi twitternya Jumaat lalu.

Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis : BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ...

Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya ikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.

Sebelum ini juga telah gempar bahawa Azwan Ali telah setuju berdamai dengan abangnya, Yb Azmin Haji Ali Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak apabila hadir pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitripemimpin politik itu di Taman TAR, Ampang.




Dalam pertemuan itu Azwan Ali sempat bergambar dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, yang selama ini teruk diserang dengan pelbagai isu oleh Ummi Hafilda dan sering pula disokong oleh Azwan sendiri.

Semoga tiada lagi turn over dari Azwan Ali lepas ini. Semoga berbahagia bersama adiknya Ummi Hafilda


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda