PASANGAN kekasih kontroversi Jejai dan Fasha dilaporkan sudah bernikah di negara asing belah utara, tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas sebab tertentu beberapa bulan lepas tetapi tidak dapat secara tepat tarikhnya seperti yang dilaporkan Informasi Dot My
Khabarnya mereka telah bernikah di Thailand beberapa bulan lalu tetapi terpaksa dirahsiakan kerana Fasha Sandha dilaporkan tidak disukai oleh ibu kepada Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, iaitu anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Kini pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman pernikahan mereka kepada peminat memandangkan bab-bab keluarga ni amat sensitif.
Menurut sumber itu lagi, sewaktu Jejai bermalam di rumah Fasha, kereta Jejai akan ditutup dengan penutup kereta bagi mengelakkan sebarang spekulasi ataupun pengetahuan pihak keluarga Jejai sendiri.
Sebagai selebriti berita tentang mereka bernikah ini sepatutnya tidak dirahsiakan bimbang nanti ada yang nampak dan melaporkan kepada Jabatan Agama Islam yang akhirnya menimbulkan kekecohan.
Kepada Fasha dan Jejai, krew Free Malays mengucapkan Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang diterima itu. Kami semua mendoakan agar Allah permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri.