SEORANG wanita yang terkenal dengan gelaran pembunuh vampire lesbian di Australia yang telah menikam seorang lelaki sehingga mati dan meminum darahnya, dijangka akan dibebaskan dari penjara dalam masa beberapa minggu selepas keputusan lembaga parol memutuskan untuk membebaskannya.
Tracey Wigginton telah di penjara sejak tahun 1991, menerima hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan pembunuhan yang mendapat liputan meluas pada tahun 1989, Dia dihukum atas tuduhan memmbunuh wakil majlis pekerja Brisbane, Edward Baldock, 47 tahun.
Pada malam kejadian, Wigginton bersama-sama dengan tiga wanita lain yang salah seorang darinya merupakan kekasih sejenisnya ketika itu, memancing Baldock masuk ke dalam kereta berhampiran kelab pelayaran selatan Brisbane, dengan menjanjikan layanan seks. Ketiaka lelaki itu berada bersama mereka didalam kenderaan, Wigginton menikam lelaki itu dengan kasar sebanyak 27 kali hingga hampir memutuskan lehernya.
Selepas pembunuhan itu, Wigginton meminum darahnya.
Ahli Majlis Pekerja Brisbane, Edward Baldock ditikam 27 kali
Wigginton kehilangan tawaran parol pada awal tahun 2010 tetapi "Corrective Service Minister", Neil Roberts berkata: "lembaga parol menimbangkan untuk memberikan peluang untuk dia membuat permohonan parol sekali lagi".
Dia telah layak untuk mengemukakan parol sejak tahun 2002, tetapi tiap-tiap permohonan parolnya telah ditolak.
Paling terkini, dia membuat parol pada tahun 2010 telah tidak diterima walaupun hujah peguambela mengatakan bahawa dia tidak akan dapat mencederakan sesiapa lagi jika dibebaskan kerana dia mengalami sakit belakang yang kronik dan melemahkan pergerakannya, kecederaan lutut dan memerlukan tongkat untk membantu pergerakannya.
Pada tahun 2007, pembunuh yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah Agung itu diklasifikasikannya sebagai banduan berprofil tinggi selepas beliau dipindahkan dari ladang penjara Numinbah kembali ke Pusat Tahanan Wanita Brisbane kerana didakwa menyerang seorang banduan dan pengawal penjara pada tahun 2006.
Sumber: Daily Chilli