China Bussiness News melaporkan, terdapat "Bathhouse" di sebuah universiti di wilayah barat laut China Shaanxi yang telah mewujudkan kontroversi apabila berani membenarkan peraturan yang membolehkan pelajar yang sedang bercinta mandi bersama-sama di dalam bilik mandi persendirian yang diswastakan.
"Bathouse" tiga tingkat itu sangat terkenal di Northwestern Polytechnical University di bandar Xi'an di mana ia menyediakan tujuh bilik mandi peribadi untuk pasangan pelajar pada kos 15 yuan (RM7.50) untuk kamar mandi dan 18 yuan (RM9)untuk menyewa tab mandi.
Pelajar yang tidak membawa pasangan juga boleh mandi di dalam bilik itu dengan bayaran setengah harga.
Tingkat pertama dan kedua digunakan sebagai ruangan mandi awam bagi kebanyakan pelajar.
"Bathhouse itu merupakan projek yang dikendalikan oleh kontraktor swasta, dan terbuka kepada pelajar, fakulti dan keluarga mereka," kata seorang pekerja "bathhouse" itu kepada akhbar yang menjalankan liputan tertutup selepas dibongkar oleh seorang pelajar dari universiti tersebut.
Pendapat pelajar berbeza-beza dalam peraturan yang diwujudkan Universiti ini. "Saya tidak boleh menerima peraturan seperti ini," kata sorang graduan bernama Xu. "Walaupun pelajar kolej sudah dewasa, tetapi mandi bersama-sama dengan pasangan mereka adalah sesuatu perkara yang sangat peribadi dan ia akan mempunyai kesan yang buruk jika ia dibenarkan dilakukan di dalam "bathhouse" kolej." tambahnya lagi.
Sumber: Daily Chilli