Kereta Bomba Terbabas Merempuh Rumah



EMPAT anggota bomba cedera manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta bomba yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah rumah di Penaga, Pulau Pinang rabu lalu.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran apabila penunggang motosikal tiba-tiba muncul dari arah yang bertentangan, menyebabkan kereta bomba itu terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Jalan Pasir Gebu, Penaga.

Nordin Hassan, 55, anggota bomba yanng memandu bersama empat rakan dari Balai Bomba Kuala Muda, mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan pada jam 9.25 malam rabu lalu.

Anggota bomba memeriksa kereta bomba yang terlibat dalam kemalangan
Seorang lagi anggota bomba Syawal Dahaman, 50 tahun, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak boleh membuka pintu kerana ia telah terhalang oleh dinding rumah. Kakinya tersepit didalam kereta bomba dan anggota bomba yang datang kemudiaanya terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelamatkan Syawal.

Anggota-anggota bomba lain, Shamsudin Mat, 50 tahun, cedera di hidung, manakala Ridzwan Hamid, dalam 40-an, mengalami kecederaan pada buku lalinya dan seorang lagi rakan sekerja yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, ia agak sukar dan mengambil masa untuk menyelamatkan Syawal yang telah tersepit di dalam kereta bomba kerana kenderaan itu terperangkap di antara pokok dan dinding rumah.

Beliau berkata keempat-empat yang cedera telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan.

Penghuni rumah, Noriah Wahab, 66, dan anaknya Norizwan Abd Razak, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Noriah berkata: "ketika kejadian, saya sedang berehat manakala Norizwan sedang makan didapur. Saya terkejut apabila saya mendengar bunyi kuat dan menyangka ada pokok yang tumbang dan menghempap atas rumah,"

"Norizwan berlari kearah saya untuk menyelamatkan saya ketika itu," tambahnya lagi

Sumber: The Star

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda