Batman Dikasari Pengawal Di China



Christian Bale..Hero filem Batman
Semasa di China untuk mempromosikan filem terkini "Flowers Of War", pelakon terkenal Hollywood, Christian Bale yang terkenal sebagai hero filem Batman berniat untuk untuk melawat aktivis Cina yang buta dan seorang peguam iaitu Chen Guangcheng yang telah di letakkan di dalam tahanan di rumah sejak dia dibebaskan dari penjara pada tahun lepas.

Chen, seorang aktivis hak asasi manusia yang mengetuai perjuangan menentang pengguguran yang dipaksa di bawah dasar China iaitu seorang anak bagi satu keluarga, telah dipenjarakan pada tahun 2006 selama empat tahun kerana dikatakan menyebabkan kerosakkan harta dan menganjurkan perarakan yang mengganggu lalu lintas. Beliau telah diletakkan di dalam tahanan rumah sejak dia dibebaskan.

Perjalanan selama 8 jam yang diambil oleh aktor terkenal Hollywood itu, Bale dari Beijing ke kampung Dongshigu di timur wilayah Shandong ternyata sia-sia selepas pegawai keselamatan menghalang pelakon itu dan krew CNN dari menemui Chen.

"Saya di sini untuk menemui Chen Guangcheng," kata pelakon Hollywood melalui penterjemah, sebelum diherdik, "Pergi!" oleh pegawai berpakaian biasa yang berada disitu.

Ketika aktor itu dan bersama krew-krew CNN sedang bertengkar dengan pengawal, lebih banyak pegawai yang berpakaian jaket ala tentera yang muncul dari kawasan sekitar.

"Kenapa saya tidak boleh melawat orang itu?" Bale bertanya apabila dia ditolak dengan kasar oleh pegawai-pegawai keselamatan yang berada di situ.

CNN melaporkan bahawa terdapat ramai yang cuba untuk melawat Chen, dan hampir semua pengunjung pulang dengan hampa apabila sering dihalau dengan kasar oleh pengawal berpakaian biasa dan samseng tempatan.

Bale dan krew rangkaian berita itu kemudian meninggalkan tempat itu tetapi pengawal-pengawal itu bertindak biadap apabila mengekori rapat van mereka selama kira-kira setengah jam.

"Saya bukan cuba menunjukkan keberanian. Penduduk tempatan yang berdiri menentang pihak berkuasa dan berkeras untuk melawat Chen dan keluarganya dipukul dan saya memahami keadaan mereka, jadi saya ingin menyokong apa yang mereka lakukan," kata Bale kepada CNN.

"Apa yang saya benar-benar mahu lakukan adalah untuk berjabat tangan dengan lelaki itu dan berkata: 'Terima kasih', dan beritahu dia adalah sumber inspirasi," Bale menambah.

Sumber: CNN

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda