Protes rasuah: petani curah 3 karung ular di pejabat percukaian



DUA orang petani yang berang dengan tabiat rasuah mencurahkan tiga karung yang dipenuhi dengan ular di sebuah pejabat percukaian di selatan India.

Kira-kira 40 atau lebih ekor ular pelbagai saiz dan species termasuk sekurang-kurangnya empat ekor ular tedung selar berbisa dicurahkan ke dalam ruang pejabat yang dipenuhi orang ramai yang sedang melakukan pelbagai urusan.

Orang ramai termasuk kerani terpaksa naik ke atas meja termasuk ada yang lari lintang pukang ke arah pintu untuk meninggalkan pejabat percukaian tersebut yang terletak di Basti, kira-kira 186 batu di selatan Lucknow kata Uttar Pradesh, seorang pegawai negeri Ramsukh Sharma.

Tambahnya lagi "ular-ular tersebut dilihat mula menjalar naik ke atas kerusi dan meja".



"keadaan kelam kabut, ratusan orang berkumpul di luar pejabat sambil memegang kayu dan menjerit-jerit mahu membunuh ular-ular itu".

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari selasa itu, polis dan pegawai perhutanan yang dihubungi berjaya menangkap ular-ular tersebut.

Dua petani tersebut telah meminta rekod pembayaran tanah mereka yang terletak berhampiran perkampungan Narharpur, namun pegawai percukaian didakwa enggan menyerahkannya dan memerap fail-fail cukai mereka sehingga berminggu-minggu lamanya.

Petani tersebut berang apabila pegawai percukaian meminta rasuah untuk menyemak rekod bayaran cukai tanah mereka..

Menurut Pradesh, kaedah protes yang dilakukan oleh petani itu tidak dapat diterima.

Pihak polis kini dilaporkan sedang mencari kedua-dua petani tersebut yang dikenali sebagai Hukkul Khan and Ramkul Ram.

Khan dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai seorang Penjinak ular.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda