Seludup dadah dalam tuala wanita, wanita warga Malaysia ditahan



SEORANG wanita warganegara Malaysia ditahan selepas didapati membawa dua paket heroin yang disembunyikan di celah tuala wanita dalam seluar dalamnya di bagunan pemeriksaan imegresen Woodlands, Singapoura


Diperiksa oleh pegawai wanita daripada Biro Narkotik Pusat (CNB), mereka menemukan 960 g heroin yang dianggarkan bernilai S$144,000 (RM360,000). Sekiranya didapati bersalah, wanita itu bakal menghadapi hukuman mati.

Wanita tersebut merupakan salah seorang daripada 124 suspek penyeludup dadah yang ditahan sepanjang lebih dua hari di dalam tiga operasi berasingan. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai S$266,000 (RM665,000) daripada operasi itu.

Di dalam operasi kedua, pegawai CNB melakukan serbuan ke atas beberapa kawasan di Singapura, melibatkan enam suspek penyeludup dan 114 penagih.

Sumber: The Straits Time

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda