Pelakon tambahan filem baru Batman mati di tapak penggambaran



SEORANG pelakon tambahan filem terbaru Batman "The Dark Night Rises" mati di tapak penggambaran. Perkara itu turut disahkan oleh Warner Brothers yang menerbitkan filem itu.

Pelakon tambahan lelaki yang tidak dinyatakan namanya itu dilaporkan mati akibat serangan jantung semasa latihan penggambaran.

Seorang wakil pihak Warner Brothers memberitahu New York Post, bahawa pihak studio menyedari kematiannya semasa waktu rehat untuk satu sesi penggambaran di dalam salah satu babak filem tersebut awal November lalu.


Pihak krew produksi bekerjasama sepenuhnya bagi membantu penyiasatan pihak berkuasa yang akhirnya mendapati bahawa kematian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Babak penggambaran tersebut melibatkan ratusan pelakon-pelakon tambahan. Pelakon yang tidak diketahui namanya itu dikatakan berjalan meninggalkan sesi penggambaran sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sebelum ini pada tahun 2008, Heath Ledger yang melakonkan watak The Joker dalam filem Batman "The Dark Knight" juga dilaporkan mati selepas beliau selesai melakonkan wataknya. Hal Ini dibimbangi akan memberikan impak besar kepada imej Warner Brothers.


Salah satu projek Warner Brothers sebelum ini 'Hangover 2' juga pernah membabitkan kecelakaan salah seorang stuntman yang akhirnya terlantar koma di hospital.

Bagaimanapun, bintang filem tersebut, Christian Bale, Tom Hardy dan Anne Hathaway tidak menyaksikan kematian itu.

Sementara itu, Christopher Nolan dikatakan sedang menjalani penggambaran di Wall Street semasa kejadian itu berlaku.


Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda