Obama sokong gerakan Homoseksual seluruh dunia



DAKWAAN atau lebih tepat khabar angin yang mengatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat adalah seorang muslim, barangkali boleh segera disangkal dengan kenyataan terbaru beliau.

Ramai yang berpendapat bahawa Barack Obama atau nama sebenarnya Barack Hussin Obama merupakan seorang muslim berikutan namanya yang mirip kepada nama-nama popular orang Islam.

Barack Obama, kelmarin, mengumumkan negara itu akan menggunakan semua cara, termasuk memberi bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyokong golo­ngan homoseksual di seluruh dunia.

Bantuan kepada golongan gay dan lesbian, termasuk di negara lain itu kononnya sebagai tanda sokongan pentadbiran Obama terhadap kebebasan hak asasi manusia.



“Saya amat bimbang dengan keganasan dan diskriminasi terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual di seluruh dunia jadi saya menggesa usaha dilakukan untuk menghentikan layanan buruk terhadap mereka,” katanya.

Obama yang kini sedang dalam kempen untuk pilihan raya umum AS, akhir tahun depan, dipercayai memulakan insentif itu sebagai modal politik untuk menarik undi.

Dasar luar baru diumumkan Obama itu dilihat akan menimbulkan masalah dengan negara sekutu Washington, terutama negara Islam seperti Arab Saudi.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, kelmarin, turut mengumumkan Washington akan memberi peruntukan awal AS$3 juta (RM9.4 juta) untuk dana menyokong badan bukan kerajaan yang berjuang dalam isu homoseksual di seluruh dunia.


Sumber: Sinar Harian

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
waaaaaaaaaaaaaaaahhhh..akhirnya golongan laknatullah ini dibela jugak oleh bahan bakar neraka....... hebat2..tahniah sume!!!! semoga allah memberi hidayah kepada mereka yang jauh sgt terpesong..... :P
bagus la kalau macam tu.. malaysia pun dah nak mula dah.. www.ashgive.com
batu tepi jalan's avatar

batu tepi jalan · 694 weeks ago

Malaysia patut malu dengan negara Liechtenstein http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/malay...

Post a new comment

Comments by