Lelaki bakar diri berhampiran istana Presiden Indonesia



SEORANG lelaki kini kritikal dengan 95 peratus kulit badannya melecur selepas dia dikatakan membakar dirinya sendiri, menurut polis, semalam.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 40-an itu, menuang petrol ke atas badannya dan membakar diri, tidak jauh dari Istana Negeri sebelum berlari ke arah papan iklan yang memaparkan gambar Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.



Jurucakap polis, Baharudin Djafar mengesahkan kejadian itu. Katanya, siasatan sedang dijalankan.

“Dia membakar dirinya dan anggota polis menyelamatkannya. Keadaannya kritikal dengan 95 peratus badannya melecur,” katanya.

"Kami akan menyiasat identitinya. Kami tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan kami tiada saksi,” tambahnya lagi.

Seorang doktor berkata, lelaki itu menjerit kata-kata antikerajaan, tetapi Baharudin menolak spekulasi yang mengatakan lelaki itu memprotes kerajaan dan Presiden.

“Buat masa ini kami tidak jumpa kaitannya,” katanya.

Penasihat Presiden, Daniel Sparingga berkata, Susilo telah diberitahu mengenai kejadian itu dan telah ‘melahirkan rasa simpati dan bimbang’.

“Buat masa sekarang, fokus kami adalah menyelamatkan nyawanya. Setiap yang bernyawa itu adalah rahmat dari Tuhan.”

“Kami kesal dengan perbuatan itu dan harap ia tidak berulang,” katanya.

Tunjuk perasaan adalah perkara biasa di Indonesia tetapi perbuatan mengorban diri sendiri adalah perkara baru dalam negara demokrasi ketiga terbesar dunia, dengan 240 orang penduduk.

Populariti Presiden Susilo semakin jatuh walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh, berikutan masalah rasuah dan ketidakcekapan yang semakin berleluasa di negara itu.

Sumber: myMetro

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bukanbatutepijalan's avatar

bukanbatutepijalan · 694 weeks ago

batu tepi jalan, mana-mana entri ade je komen ko promote blog. udah2 le tu. nnt jd menyampah pulak.
1 reply · active 668 weeks ago
haha btol2
batu tepi jalan's avatar

batu tepi jalan · 695 weeks ago

Malaysia pun sama..yang kaya bertambah kaya..yang miskin bertambah jadi papa kedana..buktinya http://batuditepijalan.blogspot.com/

Post a new comment

Comments by